suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berpuluh Maut Dalam Pertempuran Tentera Mesir Dengan IS

KAHERAH: Berpuluh-puluh orang dipercayai terbunuh selepas berlaku pertempuran mengejut antara kumpulan militan Negara Islam (IS) dengan tentera Mesir di Sinai pada Rabu.

Pentempuran itu dipercayai berlaku apabila kumpulan militan IS menyerang pusat pemeriksaan tentera di utara Sinai sebagai usaha memerangi pentadbiran Presiden Fattah al-Sisi.

Akibat serangan tersebut, tentera Mesir mengatur serangan balas termasuk menggunakan pesawat tempur F-16 bagi menyerang kumpulan IS.

Kumpulan perubatan dan keselamatan berkata, sekurang-kurangnya 70 orang yang sebahagiannya terdiri daripada tentera terbunuh dalam pertempuran selama beberapa jam itu.

Tentera pula memberitrahu, seramai 17 anggotanya telah maut manakala 100 pejuang IS turut terkorban dalam pertempuran berkenaan.

Keganasan itu dikatakan berlaku selepas Pendakwaraya, Hisham Barakat dibunuh menggunakan bom kereta dua hari lalu.

Di ibu negara Mesir pula, pihak berkuasa dikatakan telah membunuh pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin dan lapan yang lain ketika menyerbu sebuah pangsapuri kerana mendakwa mereka melakukan pemberontakan.

Mesir, IS

Artikel Lain