suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kebakaran: 3,000 Penonton Kejohanan Wimbledon Diarah Keluar Stadium

SERAMAI 3,000 peminat sukan tenis terpaksa menangguh hasrat untuk menyaksikan Kejohanan Wimbledon selepas berlaku kebakaran di Kelab All England pada malam Rabu.

Kebakaran itu dikatakan berpunca daripada kepanasan melampau di dalam bilik penyelenggaraan sebelum menyebabkan litar pintas di sebuah restoran di stadium berkenaan.

Berikutan itu, kesemua penonton terpaksa dikeluarkan daripada terus menyaksikan kejohanan tenis tersebut yang memasuki hari ketiga.

Akibat kejadian itu, seorang wanita mengalami kecederaan kecil pada kaki dan telah dibawa ke hospital untuk diberi rawatan.

Polis turut menutup kawasan stadium berkenaan daripada didekati orang awam.

Turut diarah keluar ialah kumpulan petugas media yang membuat liputan pada kejohanan berkenaan.

Kejohanan Wimbledon

Artikel Lain