suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak Ketagih Pasir, Plastik & Makanan Anjing

Jessica bersama makanan yang digemarinya - plastik gelembung.

WAKEFIELD: Makanan ringan biasanya menjadi kegemaran kanak-kanak, tetapi berbeza bagi Jessica Walker yang lebih sukakan pasir, tanah liat, plastik gelembung dan makanan anjing.

Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun ini dikesan ibunya, Lindsay Jackson, 37 mengalami masalah pemakanan sejak bayi lagi.

Kata Lindsay, anaknya berkelakuan pelik sejak kecil apabila merangkak dan memakan biskut yang diletakkan di dalam bekas makanan anjing peliharaannya.

“Sejak kecil Jessica gemar memakan makanan anjing, lumpur, pasir dan lilin.

“Baru-baru ini saya melihat dia mengunyah plastik gelembung yang saya gunakan untuk membungkus barangan,” katanya yang menetap di barat York, United Kingdom.

Menurutnya, lima tahun lalu, doktor mengesahkan Jessica menghidap sindrom luar biasa dikenali sebagai PICA iaitu satu kecenderungan memakan makanan yang tidak berkhasiat.

Katanya lagi, lebih membimbangkan apabila doktor memaklumkan tiada ubat atau cara yang dapat mengubati tabiat pemakanan pelik anaknya.

“Setakat ini, saya hanya mengawasi Jessica dan memujuknya memakan makanan seperti kanak-kanak normal.

“Saya harap Jessica pulih apabila meningkat dewasa,” jelasnya yang bimbang cucunya akan mewarisi tabiat anaknya nanti.

Jessica Walker, Wakefield

Artikel Lain