suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 30 Maut, 250,000 Penduduk Terjejas Akibat Banjir Kilat Di Pakistan

ISLAMABAD: Lebih 30 maut, manakala kira-kira 250,000 lagi penduduk terjejas akibat banjir kilat yang melandar sekitar Pakistan susulan hujan lebat berterusan sejak minggu lalu.

Cuaca buruk yang dialami menyebabkan air sungai dan terusan melimpah merosakkan beratus-ratus kampung termasuk menenggelamkan perkampungan di selatan Punjab, malahan ia turut mengakibatkan jalan raya dan jambatan di daerah Chitral yang terletak di wilayah Khyber Pakhtunkhwa rosak.

Pejabat hal ehwal kemanusiaan memaklumkan daerah Chitral dan Baluchistan di barat negara itu antara paling teruk terjejas.

"Beberapa kampung kini terputus hubungan selepas kebanyakan jalan utama dan jambatan runtuh. Bagi menjamin keselamatan, penduduk dipindahkan ke kawasan lebih tinggi," katanya.

Keadaan itu turut menimbulkan huru-hara di kalangan penduduk apabila sejumlah haiwan ternakan dihanyutkan air banjir di wilayah Baluchistan dan Khasmir.

“Menurut laporan yang kami terima setakat ini (semalam), sejumlah 26 orang terbunuh di Chitral, tiga di Punjab dan tujuh di Baluchistan,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana (NDMA), Ahmed Kamal.

“Sekitar 350 kampung mengalami kerosakan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa dan 422 di Punjab. Secara keseluruhan, seramai 250,000 penduduk terjejas akibat banjir kali ini,” katanya.

Pihak NDMA turut meramalkan hujan lebat akan berterusan selama beberapa hari lagi. – AFP

Pakistan, banjir kilat, Chitral

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain