suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bogor Solat Hajat Pohon Hujan

BOGOR: Kemarau yang melanda bandar ini sejak lebih sebulan lalu mendorong ribuan penduduknya melakukan solat hajat bagi meminta hujan pada Jumaat.

Dianjurkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), ia dihadiri penduduk pelbagai latar belakang, termasuk pelajar dan anggota tentera.

Ketua umum MUI Bogor, Adam Ibrahim berkata, kemarau yang melanda wilayah itu menyebabkan bekalan air bersih semakin berkurangan.

“Haiwan juga tidak dapat makan kerana rumput dan pokok di sudah kering, malah sumur juga tidak mengeluarkan air.

“Melihatkan keadaan yang membimbangkan ini, adalah wajar solat hajat diadakan bagi meminta hujan segera turun,” katanya.

Selama ini, Bogor dikenali sebagai kota hujan kerana kawasan itu menerima taburan hujan paling tinggi di Indonesia.

Bogor, solat hajat, MUI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain