suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AS Dakwa Berjaya Bunuh Pemimpin Nombor Dua IS

WASHINGTON: Pemimpin kedua kumpulan militan Negara Islam (IS) dilaporkan terbunuh dalam serangan udara yang dilakukan Amerika Syarikat (AS) di utara Iraq, kata White House pada Jumaat.

Majlis Keselamatan Negara AS mendakwa individu yang terbunuh dikenali sebagai Haji Mutaz atau nama sebenarnya Fadhil Ahmad al-Hayali - timbalan kepada ketua IS iaitu Abu Bakr al-Baghdadi.

Pengumuman mengenai kematian Hayali bukan kali pertama dibuat AS kerana negara barat itu pernah mengumumkan perkara sama pada Disember tahun lalu.

AS selain itu turut mendakwa Hayali sebagai individu penting dalam memainkan peranan bagi mengedar senjata, bahan letupan dan kenderaan antara Iraq dan Syria.

"Dia merupakan individu penting bagi operasi IS di kedua-dua negara. Dia juga menyediakan pelan IS sejak dua tahun lalu," dakwa AS.

Hayali dikatakan ahli kumpulan Al-Qaeda sebelum menyertai IS.

Amerika Syarikat, Iraq, Syria

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Korea Selatan-Utara Tegang

Artikel Lain