suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

14 Maut Akibat Pergaduhan Dua Geng Dalam Penjara

Ahli geng Barrio 18 yang ditahan.

SAN SALVADOR: Seramai 14 banduan terbunuh selepas berlaku pertempuran antara dua geng di Penjara Quezaltepeque di sini pada Sabtu.

Pertempuran berdarah melibatkan kumpulan Barrio 18 itu bagaimanapun berjaya dikawal selepas beberapa jam berlaku.

Tinjauan pegawai penjara selepas keadaan berjaya dipulihkan mendapati beberapa mayat ditemui di merata tempat termasuk dalam tong sampah.

"Pertempuran ini juga dianggap sebagai pembersihan oleh kumpulan di dalam penjara," kata jurucakap penjara.

Pada bulan lalu, geng Barrio 18 yang aktif di San Salvador bertindak mengadakan mogok dengan menyekat pengangkutan awam.

Ia dipercayai berlaku berikutan tindakan kerajaan yang mahu menyekat kumpulan-kumpulan samseng daripada terus menguasai bandar berkenaan.

San Salvasdor, Penjara

Artikel Lain