suria

Berang disuruh cari kerja, suami hentak kepala isteri dengan ‘barbell’ ketika tidur hingga maut

Seorang wanita maut selepas dipukul suami. -Gambar hiasan

SEORANG wanita meninggal dunia akibat kecederaan parah dipukul, gara-gara menyuruh suaminya mencari kerja.

Suri rumah yang malang itu ditemukan dalam keadaan berlumuran darah terbaring di katilnya di bilik tidur.

Mangsa berusia 42 tahun yang ketika itu separuh sedar segera dikejarkan ke hospital, dengan bantuan penduduk.

Bagaimanapun, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di hospital ketika menerima rawatan.

Kejadian berlaku di Desa Lekopancing, Kecamatan Tanralili, Kabupaten Maros, Sulawesi Selatan di Indonesia.

Mangsa dipukul menggunakan peralatan kecergasan barbel seberat 10 kilogram sehingga mengalami kecederaan parah di kepala dan muka.

Kejadian berlaku apabila pelaku yang merupakan suami mangsa didakwa tersinggung digelar malas mencari kerja.

Dia membunuh isterinya ketika mangsa sedang tidur nyenyak di bilik tidur. Kepala dan muka mangsa dihentak menggunakan barbel sehingga berlumuran darah.

Anak mangsa berusia 10 tahun yang melihat keadaan ibunya bergegas berlari keluar dari rumah dan meminta bantuan jiran-jiran.

Polis Maros dan Polis Tanralili yang menerima laporan daripada penduduk, segera menahan suspek berusia 37 tahun di rumahnya.

Peralatan kecergasan barbel yang digunakan untuk menyerang mangsa turut dirampas.

Kes tersebut masih dalam siasatan polis. -Agensi

Artikel Lain

Saiful Apek kena tahan?