suria

Ketua pertubuhan agama kirim foto kemaluan kepada isteri anggota tentera... Kantoi lepas periksa WhatsApp!

Penyalahgunaan media sosial untuk menghantar atau memuat naik kandungan berunsur lucah merupakan perbuatan tidak bermoral dan melanggar undang-undang. -Gambar hiasan

SEORANG ketua organisasi keagamaan disiasat polis kerana didakwa menghantar gambar kemaluannya kepada isteri seorang anggota tentera.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Asahan, AKP Ghulam Yanuar, pihaknya menerima laporan yang dibuat anggota tentera berkenaan pada 8 April.

"Benar, kami menerima laporan oleh seorang anggota tentera mengenai tindakan menghantar gambar tidak senonoh oleh seorang individu.

"Siasatan awal menunjukkan gambar tersebut dihantar oleh ketua organisasi keagamaan terkenal di Asahan melalui aplikasi WhatsApp," ujar AKP Ghulam.

Menurutnya, kejadian tersebut terbongkar apabila anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) itu memeriksa telefon bimbit isterinya dan menemui kiriman gambar berunsur lucah yang didakwa dihantar oleh individu berkenaan.

Insiden ini menyebabkannya segera bertindak membuat laporan polis.

Pihak polis kini sedang giat menjalankan siasatan dengan meneliti bahan bukti termasuk kandungan telefon bimbit, serta mengambil keterangan daripada beberapa saksi. -Agensi

Artikel Lain

Saiful Apek kena tahan?