suria

Pengulas politik AS celupar kritik lawatan Xi Jinping ke Malaysia, anggap ‘Malay’ tiada duit

Kenyataan O'Reilly mengundang kecaman ramai rakyat Malaysia.

PENGULAS politik Amerika Syarikat (AS) Bill O'Reilly mempersenda lawatan Presiden China Xi Jinping ke negara ini sambil menyifatkan orang Melayu sebagai tidak berduit.

Menerusi video tular di media sosial, O'Reilly turut membuat ulasan mengenai lawatan Presiden China ke negara jiran seperti Kemboja dan Vietnam.

"Hai Presiden Xi, biar saya berterus terang. Mereka langsung tak ada duit. Mereka tak dapat tolong awak. Mereka pun takkan beli barangan awak sebab mereka memang tak ada duit.

"Jadi saya tak faham kenapa kamu pergi sana, mungkin sekarang dia cuba seludup barangan China guna label Vietnam, tapi itu mudah saja untuk didedahkan.

Chinese President Xi Jinping delivers a speechat adinnerat Kompleks Seri Perdana in Putrajaya.—AZHAR MAHFOF/The Star.

Xi Jinping berucap dalam salah satu program ketika lawatannya ke Malaysia.

"Kami (AS) yang ada duit, kami yang beli barangan. Orang Melayu takkan beli barangan awak, mereka pun tak ada duit," ujarnya.

Bagaimanapun, ramai beranggapan O'Reilly keliru dalam penggunaan perkataan 'Malay' yang merujuk kepada orang Melayu.

Kata netizen, O'Reilly mungkin memaksudkan seluruh rakyat Malaysia menerusi kenyataannya itu.

Semakan di media sosial mendapati ramai netizen turut menyelar O'Reilly sambil membangkitkan kisah pelancong-pelancong mat salih yang meminta sedekah di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Xi Jinping Kini Sah Presiden Baru Republik Rakyat China

"Sebagai orang yang tinggal di AS, saya boleh kata ramai mereka ni katak bawah tempurung. Mereka masih terperangkap dalam idea yang mereka ni nombor satu, walhal ramai yang lagi hebat.

"Bodoh la dia tu. Beza Malay dengan Malaysian pun tak tahu.

"Tiba masa tentera bawang Malaysia mulakan tugas," tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, Xi Jinping tiba di ibu negara pada petang Selasa sempena lawatan tiga hari ke Malaysia atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Ia merupakan kunjungan rasmi kedua Xi ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun.

Artikel Lain