suria

Suruh pesakit umur 5 tahun hisap rokok, doktor bakal dikenakan tindakan

Kanak-kanak tidak sepatutnya diberikan rokok atas apa jua alasan. -Gambar hiasan

SEORANG pengamal perubatan dikecam selepas dia menyuruh pesakit ciliknya menghisap rokok.

Pelaku yang dikenal pasti sebagai Dr. Suresh Chandra berkhidmat di sebuah pusat kesihatan kerajaan di Kuthaund, India.

Menerusi video yang tular, kanak-kanak berusia lima tahun itu diminta menghisap rokok ketika menerima rawatan.

Rokok itu diberi kononnya sebagai salah satu cara untuk merawat kanak-kanak berkenaan.

Ia dipercayai dirakam pada Mac.

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil kesempatan ramas dada pesakit hamil, doktor ‘terlampau’ akhirnya ditahan

Susulan kekecohan itu, doktor berkenaan dipindahkan ke ibu pejabat daerah dan kini berada di bawah pemantauan.

Hasil siasatan terperinci akan dirujuk kepada kerajaan negeri untuk tindakan lanjut.

Ketua Pegawai Perubatan, Dr. Narendra Dev Sharma menegaskan pihaknya sama sekali tidak berkompromi dengan sebarang perbuatan tidak bermoral.

Notis amaran turut dikeluarkan bagi membendung kejadian seumpama ini berulang pada masa akan datang. - Agensi

Artikel Lain