suria

Suami isteri dibunuh, mayat ditemukan tanpa seurat benang

Banyak kes bunuh dilaporkan berlaku bagi membalas dendam terhadap mangsa. -Gambar hiasan

SEORANG ahli perniagaan dan isterinya ditemukan mati dalam keadaan mengerikan di kediaman mereka, Selasa lalu.

Mangsa dikenal pasti sebagai Vijaya Kumar dan Meera, pasangan dari  Thiruvathukkal, Kerala, India, yang mempunyai seorang anak.

Kumar merupakan pemilik Auditorium Indraprastham dan beberapa perniagaan lain.

Mayat pasangan itu ditemukan sekitar pukul 8.45 pagi oleh pembantu rumah mereka yang baru tiba untuk bekerja.

Menurut polis, pasangan itu ditemukan dalam keadaan berlumuran darah, tanpa pakaian, dan berada di dua bilik berasingan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bella dan 7 geng mengaku salah ugut bunuh, belasah pemuda sampai lunyai... Mahkamah benar ikat jamin

Siasatan awal mendapati mereka mengalami kecederaan parah akibat senjata tajam, khususnya di bahagian muka. 

Sebilah sabit yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu turut ditemui di lokasi.

Polis menolak unsur rompakan selepas tiada tanda pencerobohan dikesan dan kini memberi tumpuan kepada motif peribadi. 

Ketua Polis Daerah Kottayam, Shahul Hameed berkata siasatan dijalankan daripada pelbagai sudut.

Sumber memaklumkan tumpuan kini terarah kepada seorang pekerja migran yang pernah berkhidmat di rumah mangsa. 

Individu itu dilaporkan diberhentikan beberapa bulan lalu oleh Kumar kerana masalah disiplin yang menimbulkan ketegangan. 

Seorang suspek ditahan untuk membantu siasatan. - Agensi.

 

Artikel Lain