SEORANG lelaki dijatuhi hukuman penjara selepas dia didapati bersalah membunuh pasangannya.
Alcwyn Thomas, 44, mendakwa Victoria Thomas, 45, meninggal dunia semasa melakukan hubungan seks di bilik tidur kediaman mereka.
Dakwa lelaki itu, wanita tersebut meminta untuk dicekik ketika mereka berasmara.
Dia turut mengambil dadah dan minuman beralkohol ketika kejadian itu.
Pasangan itu menjalinkan hubungan selama empat tahun tetapi tidak berkahwin.
Thomas mengaku dia mencekik wanita itu tetapi menafikan pembunuhan yang berlaku di rumah mereka di Caerphilly Road, Cardiff.
Dia dijatuhi hukuman penjara 19 tahun dan 121 hari.
Juri di Mahkamah Mahkota Cardiff mengambil masa lebih empat jam untuk mensabitkannya selepas perbicaraan yang berlangsung hampir dua minggu. - Agensi.