suria

Bengang putus cinta, lelaki curi pakaian dalam bekas kekasih

Mangsa terkejut setelah mendapati sebahagian pakaian dalamnya tiba-tiba 'ghaib' dari ampaian. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki tergamak melakukan perbuatan tidak senonoh apabila mencuri pakaian dalam milik bekas kekasihnya dalam satu kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu.

Mangsa, wanita berusia 49 tahun, menyedari kejadian itu selepas mendapati beberapa helai pakaian dalamnya hilang dari ampaian rumah.

Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membawa kepada pengecaman suspek berdasarkan gaya berjalan dan postur badannya.

Lebih mengejutkan, suspek turut mencuri tiga helai seluar dalam milik anak perempuan mangsa.

Kejadian dilaporkan berlau di Kretek, Indonesia.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Bantul, AKP I Nengah Jeffry, siasatan mendapati suspek, dikenali sebagai Tiyok, 37, mempunyai hubungan lampau dengan mangsa.

“Motif dipercayai berpunca daripada perasaan sakit hati serta keinginan untuk menarik kembali perhatian bekas kekasihnya,” katanya.

Suspek berjaya ditahan polis pada keesokan harinya dan kes berkenaan diselesaikan secara baik dengan jaminan bahawa dia tidak akan mengganggu keluarga wanita tersebut lagi.

“Sekiranya suspek melanggar jaminan tersebut, tindakan undang-undang akan dikenakan tanpa kompromi,” tambah Jeffry. – Agensi

Artikel Lain