SEORANG lelaki menceroboh kediaman seorang wanita dan mengambil darah mangsa tanpa kebenaran dengan alasan untuk menghilangkan tekanan.
Dalam kejadian 1 Januari tahun lalu di Yangzhou, China, suspek dikenali sebagai Li memecah masuk ketika mangsa, Yu, sedang tidur.
Dia menekup wajah wanita itu dengan kain sebelum mengambil darah di lengannya.
Tindakan Li terbantut apabila suami Yu pulang secara mengejut lalu menyerangnya.
Mangsa kemudian mendapati lengannya sakit dengan kesan jarum selepas sedar daripada pengsan.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki pendiam ceroboh rumah rakan wanita lebih 20 kali... Tagih perhatian, geram mesej tak dibalas
Siasatan forensik mengesahkan kain yang digunakan mengandungi kesan ubat bius yang menyebabkan mangsa pengsan ketika kejadian.
Li akhirnya ditahan dan mengaku menceroboh kerana rasa ‘teruja’ setiap kali memasuki rumah orang lain.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadapnya.
Suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau termasuk rompakan dan rogol. -Agensi