suria

‘Senjata’ makin pendek selepas pembedahan, pesakit lelaki bakal terima pampasan RM101,000

Pesakit berhak untuk menerima penerangan yang jelas sebelum menjalani sebarang pembedahan. -Gambar hiasan AI

SEORANG pesakit lelaki bakal menerima pampasan berjumlah €20,000 (RM101,000) selepas kemaluannya menjadi lebih pendek gara-gara menjalani pembedahan di sebuah hospital.

Mahkamah Tinggi Kehakiman di wilayah Murcia, Sepanyol mengarahkan badan perkhidmatan kesihatan awam, Servicio Murciano de Salud (SMS) membayar pampasan kepada lelaki itu.

Dalam keputusan terkini, mahkamah mengekalkan rayuan yang dikemukakan pesakit itu selepas tuntutannya sebelum ini ditolak oleh pihak berkuasa kesihatan wilayah.

Berdasarkan fakta kes, pesakit itu datang ke Hospital Rosell SMS di Cartagena pada Oktober 2011 dengan keadaan ereksi yang menyakitkan serta zakar melengkung.

Lelaki itu disahkan menghidap penyakit Peyronie dan menerima rawatan, namun apabila keadaan tidak bertambah baik, dia dinasihatkan menjalani pembedahan.

Selepas pembedahan, dia mengalami disfungsi ereksi dan panjang zakarnya berkurang sehingga enam sentimeter.

Mahkamah mendapati pesakit sudah menandatangani persetujuan pembedahan, tetapi dokumen itu dianggap tidak memadai kerana gagal menerangkan alternatif rawatan dan risiko komplikasi. -Agensi.

Artikel Lain