suria

Pusat beli-belah batalkan pertunjukan bunga api ambang tahun baharu 2026, ganti majlis bacaan doa

Persembahan bunga api di Margo City diganti dengan majlis bacaan doa.

PUSAT beli belah Margo City, Depok, Indonesia meraih perhatian ramai selepas mengumumkan ketiadaan persembahan bunga api pada malam kemuncak sambutan Tahun Baharu 2026.

Pengurus Marcomm Margo City, Indra Hedy Lesmana, berkata pihaknya akan menggantikan pesta bunga api dengan majlis bacaan doa bagi mangsa bencana di negara itu.

"Margo City memutuskan untuk tidak mengadakan pertunjukan bunga api dalam sambutan Tahun Baharu 2026.

"Sebaliknya, kami akan mengadakan bacaan doa sebagai tanda harapan dan keprihatinan kepada saudara kita yang terjejas akibat bencana di pelbagai wilayah Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Selain bacaan doa, sambutan Tahun Baharu di Margo City tetap akan dimeriahkan dengan penampilan beberapa pemuzik.

Antara yang dijangka tampil membuat persembahan adalah penyanyi Tulus dan Skastra. -Agensi

Artikel Lain