suria

Tak berperikemanusiaan! Berang jambu batu dipetik tanpa izin, bekas tentera ikat dan pukul budak 4 tahun

Kita disarankan meminta kebenaran sebelum mengambil sesuatu milik individu lain. -Gambar hiasan AI

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia empat tahun diikat dan dipukul selepas mangsa memetik jambu batu tanpa kebenaran dari kawasan rumah seorang individu.

Menurut laporan, pemilik rumah yang juga bekas anggota tentera bertindak menangkap kanak-kanak tersebut sebelum mengikat tangan dan kakinya menggunakan tali di dalam rumahnya.

Dalam rakaman kejadian yang tersebar, kanak-kanak itu kedengaran menangis sambil merayu meminta untuk dilepaskan.

Kejadian dilaporkan berlaku di Una, Himachal Pradesh, India.

Beberapa penduduk kampung yang mengetahui kejadian tersebut segera ke lokasi sebelum bertindak menyelamatkan mangsa.

Susulan rakaman video tersebut tersebar, pihak berkuasa mengambil tindakan dengan menahan bekas anggota tentera berkenaan bagi menjalankan siasatan lanjut. 

Sementara itu, kanak-kanak perempuan tersebut dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan perubatan. -Agensi

Artikel Lain