suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi subuh di stesen LRT! Tubuh warga emas terputus dua, terjatuh di landasan sebelum diseret tren sejauh 20 meter

Mayat mangsa dikeluarkan dari landasan sekitar 8.40 pagi. - Gambar Shin Min Daily News.

SEORANG lelaki berusia 68 tahun maut selepas dipercayai terjatuh ke landasan LRT di Stesen Segar di Singapura sebelum dilanggar sebuah tren pada Isnin.

Menurut Polis Singapura (SPF), pihaknya menerima panggilan bantuan sekitar 5.50 pagi, manakala pengendali SMRT memaklumkan seorang lelaki dilihat memasuki landasan sekitar pukul 5 pagi.

Menurut laporan media tempatan Shin Min Daily News, mangsa dipercayai telah diseret sejauh kira-kira 20 meter selepas dilanggar tren, dan ditemui dalam keadaan tubuh terputus dua di lokasi kejadian.

Polis bagaimanapun menyatakan tiada unsur jenayah disyaki setakat ini dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Insiden itu menyebabkan perkhidmatan tren dihentikan sementara selama kira-kira lima jam bagi memberi laluan kepada siasatan dan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dilihat mengeluarkan mayat mangsa dari landasan sekitar 8.40 pagi sebelum dibawa masuk ke dalam stesen untuk siasatan forensik.

Kawasan kejadian turut dipasang sekatan dengan kehadiran ramai pegawai polis serta kakitangan stesen yang dilihat menjalankan siasatan di lokasi.

Saksi kejadian turut melaporkan melihat sebuah khemah biru dipasang di landasan serta kain putih berhampiran kawasan platform.

Ahli keluarga mangsa turut berada di lokasi dan dilaporkan berada dalam keadaan pilu selepas mengenal pasti identiti mangsa.

Anak lelaki mangsa dilihat menangis sebelum dibawa keluar oleh polis, manakala seorang wanita dipercayai isterinya turut pengsan dan dibantu paramedik sebelum dihantar ke hospital. -Agensi

 

Artikel Lain