suria

Lori gagal belok, rempuh kereta di lampu isyarat! Kemalangan di lokasi sama wanita maut dihempap kontena

Sebuah lori membawa muatan palet kayu hilang kawalan dan merempuh sebuah kenderaan yang sedang menunggu lampu isyarat di Bukit Tengah, pada pagi Isnin.

KEMALANGAN maut membabitkan sebuah kontena yang menghempap seorang pemandu wanita pada November tahun lalu, sekali lagi mencetuskan kebimbangan apabila kejadian lain berulang di lokasi sama.

Dalam tragedi terbaharu pada pagi Isnin, sebuah lori yang membawa muatan palet kayu hilang kawalan semasa membelok lalu merempuh sebuah kenderaan yang sedang menunggu lampu isyarat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kontena jatuh treler, hempap pemandu wanita di simpang lampu isyarat

ARTIKEL BERKAITAN: “Mummy! Sakit sangat!” - Pemandu dihempap kontena sempat telefon ibu 4 minit sebelum meninggal

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, kejadian berlaku berhampiran lampu isyarat di persimpangan Jalan Kebun Sireh - Jalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam.

"Kemalangan melibatkan sebuah lori membawa palet kayu dan sebuah kereta mewah.

"Pemandu lori dan kelindannya tersepit, manakala pemandu kereta  Mercedes Benz berusia 43 tahun telah dibawa ke hospital sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

"Kami berjaya mengeluarkan pemandu dan penumpang lori yang tersepit. Kedua-duanya hanya cedera ringan dan diberikan rawatan awal,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. 

Untuk rekod, dalam kejadian pada 13 November tahun lalu, pemandu wanita, Lee Zi Rou, 21, terkorban di lokasi yang sama apabila kontena yang dibawa sebuah lori treler tumbang dan menghempap ​​keretanya.

Artikel Lain