suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hari Raya Aidiladha di Malaysia jatuh pada 27 Mei

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidiladha itu dibuat pada Ahad malam.

UMAT Islam di Malaysia bakal menyambut Hari Raya Aidiladha pada Rabu, 27 Mei ini bersamaan 10 Zulhijah 1447 Hijrah.

Pengumuman itu dibuat Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Muhammad Affendi Jalaludin menerusi siaran langsung di televisyen nasional pada Ahad malam.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya, bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1447 Hijrah ialah pada 18 Mei.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Aidiladha ialah pada 10 Zulhijjah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 27 Mei 2026 Masihi," katanya.

Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi tahun ini ditetapkan pada petang Ahad, 17 Mei di 29 lokasi di seluruh negara.

Artikel Lain