suria

Demi keselamatan anak, wanita rela berhabis pasang bonggol depan rumah... Buat pekak dimaki orang kampung!

Tangkap layar video yang dikongsi oleh wanita itu.

SETIAP ibu pasti akan berkorban apa sahaja demi keselamatan anak-anak.

Begitu juga dengan wanita ini yang tular di TikTok kerana memasang bonggol di atas jalan di hadapan rumahnya.

Menurut Eila Manis atau Kak Manis, ia dipasang bagi mengelakkan risiko kemalangan yang boleh mengancam nyawa anak-anaknya.

Wanita itu mendakwa dia sudah mendapat kebenaran untuk memasang bonggol di lokasi berkenaan. 

"Macam mana boleh decide nak beli dan pasang bonggol ni kat depan rumah? Sebab kita duduk kampung, jalan depan rumah ni pula jalan lurus, jadi yang bawa kereta dan motor memang laju-laju.

"Bahaya untuk budak-budak. Yang kata kenapa bagi budak-budak melintas dan bagi main tepi jalan, dah nama pun budak, akal dia tak sama macam orang dewasa.

"Depan rumah aku,  rumah adik aku, jadi memang akan sentiasa ulang alik melintas jalan," tulis wanita itu.

Bila pasang bonggol macam ni, orang kampung bisinglah sebab ada bonggol.

EILA MANIS/KAK MANIS

Ceritanya lagi, tindakan memasang bonggol itu turut menerima tentangan segelintir penduduk kampung, namun dia nekad dengan keputusannya.

"Bila pasang bonggol macam ni, orang kampung bisinglah sebab ada bonggol. Kena maki la kami ni 'bodoh' sebab pasang bonggol suka-suka.

"Tapi cuba fikir kalau anak aku kena langgar, cedera atau lagi teruk mati, macam mana nak cerita? Sebab memang tak slow korang tekan minyak kat depan rumah aku ni. 

ARTIKEL BERKAITAN: Jalan rosak teruk, penduduk kampung tiada pilihan… Terpaksa usung ahli keluarga sakit ke hospital

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar! Penduduk kampung seram, takut keluar malam gara-gara ‘pocong’ – “Misteri macam pintu rumah kena ketuk”

"Cakaplah apa korang nak cakap. Cuma satu nak tanya, kalau terlanggar budak atau mati, berapa korang nak ganti harga nyawa anak kami?" tulis wanita itu lagi.

Menjawab pertanyaan di ruangan komen, wanita itu mendakwa dia sudah meminta pandangan polis serta mendapatkan kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Dah ada surat PBT. Tak tahanlah orang bawa laju depan rumah, lori sawit pun sama. RM500 juga dua set, tapi (untuk) keselamatan anak-anak," jawabnya.

Pengguna jalan raya perlu sentiasa berhati-hati dan memandu perlahan ketika melalui jalan kampung. -Gambar hiasan

Perkongsian video oleh wanita itu turut menerima pelbagai respon netizen.

"Bonggol getah ni kalau lalu bergegar isi kandungan badan aku tapi bagus untuk orang alert bawa perlahan.

"Pedulikan mulut orang. Yang penting keselamatan keluarga kita.

"Buat je asalkan ikut undang-undang. Yang penting nyawa diutamakan," tulis netizen.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Saiful Apek kena tahan?