suria

Dapat kerja tapi ibu tuduh sombong, tak bangga sebab anak kesayangan gagal temuduga- “Kesian dekat along”

Sikap pilih kasih ibu bapa meyebabkan salah seorang anak makan hati -Gambar hiasan.

HUBUNGAN toksik dalam keluarga bukan sekadar cerita rekaan, sebaliknya ia benar-benar wujud dalam realiti kehidupan sesetengah individu.

Antara ciri keluarga toksik termasuklah sikap pilih kasih, khususnya apabila ibu bapa atau ahli keluarga terlalu menumpukan perhatian kepada seorang anak sahaja.

Begitulah yang dialami oleh seorang wanita apabila kejayaannya memperoleh pekerjaan tetap di sebuah syarikat dipandang sepi oleh keluarganya sendiri, hanya kerana kakaknya gagal mendapatkan jawatan yang sama.

Konflik dalaman yang berpanjangan boleh menjejaskan hubungan adik beradik.

"Kakak saya dan saya, kerja satu pejabat. Satu hari kita apply untuk kerja tetap tapi end up hanya saya saja saya saja dapat, dia tak dapat.

"Saya bagitahu ibu, mengharapkan dia nak bangga rupanya dia cakap... Kenapa tak bagi dekat along (kakak)? 

"Dia pertikai kenapa saya yang dapat tapi kakak saya tak dapat. Macam tak puas hati," katanya menerusi hantaran di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak belikan gelang RM11,000 buat ibu, dulu adik-beradik cuma merasa pakai emas sadur masa raya

ARTIKEL BERKAITAN: Rimas biras toksik suka meniru... Mengandung, jantina anak pun nak bersaing! Sanggup ‘burn’ deposit demi bersalin hospital sama

Tambah wanita itu lagi, ibunya seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia berjaya memperoleh jawatan tersebut, sehingga sanggup menuduhnya bersikap sombong.

"Sampai sekarang ibu saya kerap ungkit saya berlagak sebab dapat tetap dan dia selalu tak puas hati dan asyik cakap... kesian dekat along.

"Sekarang, kalau saya dapat rezeki job luar dan bagitahu ibu fasal itu, ibu akan buat muka tak puas hati, kadang-kadang tak ada perasaan," jelasnya.

Dia pertikai kenapa saya yang dapat tapi kakak saya tak dapat.

NETIZEN

Terkilan dengan reaksi dingin keluarganya, wanita itu akhirnya memilih untuk menyimpan rasa kecewa dan mula menghargai dirinya sendiri tanpa mengharapkan sokongan sesiapa.

"Akhirnya saya decide untuk bangga dengan diri sendiri saja sebab keluarga saya tak berbangga walaupun sedikit. 

"Saya banyak simpan sesuatu yang teruja berlaku dalam hidup saya, sebab nak bagitahu keluarga tak dapat feedback yang positif," kongsinya.

Komen netizen di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati terhadap wanita itu, malah ramai yang memberikan kata-kata semangat buatnya.

“Cakap dekat mak awak, kalau Allah kata kerja tu rezeki Along... Thanos datang serang bumi pun Along tetap akan dapat juga.

“Saya faham perasaan awak. Memang banyak berlaku, mak atau ayah pilih kasih antara anak-anak.

“Tak apa sis, tak payah kongsi apa-apa dah dengan mak pasal kerja. Share kat sini je, biar kami tumpang gembira dan doakan yang baik-baik untuk awak,” komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Saiful Apek kena tahan?