SAMA ada lelaki mahupun wanita, masing-masing mempunyai kriteria tersendiri dalam mencari pasangan hidup.
Ada yang meletakkan keutamaan pada rupa paras, ada yang menilai daripada segi pencapaian kerjaya, latar belakang keluarga dan sebagainya.
Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila percubaannya untuk mencari jodoh di laman sosial berakhir dengan kegagalan kerana kebanyakan lelaki menolak untuk menjalinkan hubungan kerana statusnya sebagai penuntut.
Setiap individu mengimpikan untuk hidup berpasangan. -Gambar hiasan
"Pernahlah mencari jodoh online. Memang lelaki tak nak ke perempuan yang sedang belajar? Saya bekerja dan buat PJJ (pengajian jarak jauh) peringkat ijazah.
"Yang jumpa semua cakap... oh student ke? Saya tak nak student. Dan lain-lain (alasan)," tulisnya dalam hantaran berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Zaman muda diminati ramai lelaki kaya, wanita pilih cinta berbanding wang... Kini bahagia bersuamikan pemuda biasa
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ‘demand’ bab cari jodoh, tolak wanita selalu muncul di media sosial - “Naik muak tengok”
Menurut wanita berusia 29 tahun ini, dia memilih untuk berterus-terang mengenai statusnya lebih awal dan niat sebenar dalam mencari pasangan agar masing-masing tahu hala tuju perkenalan dan boleh membuat keputusan selanjutnya.
"Bagi saya, perlu beritahu awal-awal daripada membazir masa," tulisnya lagi.
Bagaimanapun wanita tersebut tidak memperincikan pekerjaan ataupun bidang pengajiannya di dalam perkongsian berkenaan.
Kalau dah 29 tahun dan belajar, mungkin boleh faham yang semua orang ada preference masing-masing.
NETIZEN
Namun dia berpendapat, tindakan sesetengah lelaki yang terlalu cepat membuat penilaian tanpa cuba memahami situasi sebenar adalah sesuatu yang mengecewakan.
Menjengah ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi yang pelbagai namun rata-ratanya berpandangan kebanyakan lelaki semestinya mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka mengelak untuk menjalin hubungan dengan wanita berstatus penuntut.
Sebahagian reaksi warga maya.
"Kalau dah 29 tahun dan belajar, mungkin boleh faham yang semua orang ada preference masing-masing. Terima dan move on ya.
"Pendapat saya semua orang select. Kamu pun ada ciri-ciri lelaki yang kamu nak. Jadi teruskan mencari lelaki yang sesuai.
"Takut jadi skim pembayar PTPTN," demikian antara komen netizen.