suria

“Hadiah pun beli guna kad kredit saya” - Wanita menyesal kahwin, rindu ‘shopping’ macam zaman solo tapi suami tak mampu

Setiap individu diuji dengan dugaan dan cabaran masing-masing. -Gambar hiasan

MASA bercinta semuanya manis, kata orang kentut pasangan pun bau wangi tapi selepas kahwin segalanya berubah.

Kebiasaannya, apabila sudah bergelar suami isteri, barulah nampak kelemahan pasangan masing-masing.

Begitulah yang dirasai seorang wanita yang menyedari gaji suami tidak mampu memberikan kebahagiaan buat dirinya.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

"Jika gaji besar, carilah pasangan sekufu.

"Tak adalah makan hati dengan suami jika tak mampu nak tanggung cara kita jaga diri masa single," katanya tanpa mendedahkan usia perkahwinan.

Menerusi hantaran yang dibuat juga, dia mengakui menyesal mendirikan rumah tangga dan mengimpikan untuk kembali ke zaman bujang.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita penat tanggung suami gaji kecil, nak beli rokok pun minta isteri... Paling sakit hati duit dalam dompet kerap hilang!

ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji kecil tetap mahu jadi ‘provider’, tanggung semua perbelanjaan... Isteri bekerja dihalang bantu, guna wang untuk keluarga

"Entahlah kadang menyesal kahwin. Hadiah pun dia beli tapi pakai kad kredit kita dulu.

"Nanti dia bayar installment, ansuran bulan-bulan. I wish I can turn back (saya harap dapat berpatah balik)," ujar wanita itu.

Kalau nak berkira, tolonglah jangan kahwin.

NETIZEN

Menerusi ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi dan pandangan berhubung luahan wanita berkenaan mengenai suaminya.

Segelintirnya mempersoalkan kenapa sekarang baru timbul penyesalan itu kerana soal kewangan dan kemampuan suami seharusnya dibincangkan sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Penggunaan kad kredit perlu dilakukan secara berhemah. -Gambar hiasan

"Masa bercinta, I terima you seadanya. Lepas kahwin, you tak sekufu dengan I. Begitulah, semasa bercinta semuanya indah. Berpijaklah di bumi realiti, jangan dibutakan dengan cinta.

"Kalau nak berkira, tolonglah jangan kahwin. Baik single. Kalau laki gaji besar, you better be gorgeous. Laki gaji besar pilihan dia banyak, tak perlu kahwin dengan awak kalau rupa sederhana.

"Tak faham betul perempuan jenis kedekut dengan suami sendiri ni. Kau yang pilih nak kahwin dengan dia, tiba-tiba nak menyesal," demikian antara komen netizen.

Pada masa sama, ada yang terkejut apabila dia berhasrat untuk kembali ke masa lalu kerana menyesal bersuamikan lelaki bergaji kecil.

"Tergamak berfikiran begitu, mereka beranggapan kemungkinan perpisahan merupakan jalan yang terbaik.

"Kalau dah sampai wish you can turn back time, adalah lebih baik awak minta cerai dan cari orang lain. Biar suami cari orang yang boleh terima dia seadanya," antara komen netizen.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Saiful Apek kena tahan?