SEORANG wanita meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan jururawat di klinik kesihatan (KK) yang dianggap kurang sensitif.
Semuanya bermula apabila suaminya membawa anak mereka yang berumur lapan bulan ke klinik kesihatan untuk melakukan pemeriksaan rutin bulanan.
Menurut wanita itu, dia dan suaminya sudah bersetuju untuk berkongsi tanggungjawab menjaga anak mereka mengikut situasi masing-masing.
Seorang wanita terasa hati dengan kata-kata jururawat kepada suaminya. -Gambar hiasan
“Saya dengan suami dah setuju, dia pergi semua temu janji bulanan anak dekat KK. Saya pula akan ambil peranan jika anak masuk wad.
"Suami ada cerita, jururawat KK tanya mana maknya. Suami pun cakaplah mak dia payah dapat cuti," ujarnya memulakan cerita.
Difahamkan ketika sesi pemeriksaan dilakukan, jururawat sama sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang dianggap keterlaluan dan menyinggung perasaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Baru habis pantang, hamil lagi! Si ibu gembira tapi risau sindiran nurse, tak tidur malam takut kena marah di KK
ARTIKEL BERKAITAN: 3 anak terabai... Nurse geram layan wanita hamil setiap tahun, enggan merancang! Terkini sengih-sengih buka buku pink anak ke-4
"Jururawat tu pandang anak saya dan cakap... habislah dik, mak awak dah tak sayang awak.
"Reaksi saya macam... eh kau ni,” jelas pengadu yang terkilan dengan kata-kata jururawat berkenaan.
Reaksi itu membuatkan dia hanya mampu tergamam sambil memikirkan bagaimana jururawat itu boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu kepada seorang anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa.
Nurse pun sibuk nak tanya mak mana... bapa sudah ada cukup la.
NETIZEN
Tindakan jururawat itu mendapat perhatian warga maya yang menyifatkan ia sebagai tidak profesional dalam tugasnya.
Ramai berpandangan bahawa tugas menjaga anak seharusnya dikongsi bersama oleh ibu bapa tanpa prejudis terhadap peranan masing-masing.
“Boleh tahan jahat mulut nurse ni.
“Nurse pun bukan main menyibuk ya. Dah sama-sama buat anak, sama-sama la bawa anak pergi check KK.
“Laaa nurse pun. Kita yang suri rumah pun memang suruh suami bawa anak pergi pemeriksaan bulanan dekat KK. Kita duduk, tunggu dan lihat je,” ujar beberapa netizen.
Antara komen netizen pada hantaran tersebut.
Dalam pada itu netizen lain turut berkongsi pengalaman mereka yang melalui situasi hampir sama ketika membawa anak ke klinik kesihatan.
Ada yang menganggap soalan seperti itu sepatutnya tidak ditanya, apatah lagi jika ia boleh mengguris perasaan ibu bapa.
"Ketika saya pergi hospital, masa kena masuk ke triage, saya suruh suami bawa sebab kena naik atas penimbang dengan anak.
"Nurse pun sibuk nak tanya mak mana. Bapa sudah ada cukup la," kata seorang netizen.