LELAKI bila sudah kahwin mulalah berubah sikap, pemikiran sebegini sering terlintas dalam fikiran isteri terhadap suaminya.
Seperti mana dialami wanita ini, dia berasa kurang selesa apabila suami menegur tindakannya yang gemar menghantar mesej sehingga menyebabkan dia rimas.
"Normal ke lelaki, kahwin setahun setengah perangai macam ni? Dulu dia tak macam ni okay je," luah wanita itu.
Berbincang adalah jalan terbaik bagi memastikan rumah tangga harmoni. -Gambar hiasan
Dia turut berkongsi tangkap layar WhatsApp perbualan mereka suami isteri di media sosial bagi mendapatkan pandangan ramai.
Isi kandungan WhatsApp berkenaan, antara lain, suami wanita itu menyatakan rasa tidak selesa terhadap mesej dihantar si isteri.
"Saya nak cakap pun serba salah, jujur sebenarnya saya rimas nak update itu ini.
"Tanya makan apa, lepas tu minta tangkap gambar makan. Itu yang saya tak balas mesej," kata suaminya, seperti mana tertera dalam tangkap layar mesej.
ARTIKEL BERKAITAN: Berbulan suami merajuk gara-gara status WhatsApp, isteri tak putus asa minta maaf - “Ex saya lagi bagus dari kau la”
ARTIKEL BERKAITAN: https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2025/01/31/suami-tergamak-kongsi-gambar-bogel-isteri-sendiri-untuk-santapan-mata-ahli-grup-whatsapp-mangsa-fail-cerai
Lelaki itu juga dilihat meminta isterinya hanya memaklumkan perkara penting sahaja jika ingin menghantar mesej kepadanya.
"Beritahu perkara penting saja, macam nak keluar. Ni on the way (dalam perjalanan) pergi kerja pun nak beritahu.
"Lepas tu i love u, sampai tempat kerja i love u. Kemudian hantar gambar makan.
"Nak tidur pun nak mesej beritahu. Kadang saya jadi serabut," kata suaminya.
Nak cakap tunggu je balik rumah cakap.
WARGA MAYA
Jelas lelaki itu, dia bukan tidak suka isterinya menghantar mesej sebaliknya berasa rimas menerima mesej-mesej yang tidak penting.
Sementara itu, golongan isteri yang membaca tentang kebimbangan wanita baru berkahwin itu pula menganggap perkara ini adalah biasa dalam rumah tangga.
Menurut mereka, mesej melalui WhatsApp hanya dikirim untuk perkara penting sahaja terutama membabitkan hal anak-anak.
Reaksi netizen
Malah, ada antara mereka berkongsi tangkap layar WhatsApp perbualan dengan pasangan masing-masing.
"Ini enam tahun kahwin dik, mesej i love u, i love u tiada. Mesej minta duit dia ja.
"Nak masuk 13 tahun bulan 9 ni, kite block terus WhatsApp tak payah mesej update bagai senang. Nak cakap tunggu je balik rumah cakap.
"21 tahun kahwin tak mesej pun hari-hari sebab kami suami isteri jenis rimas. Kalau penting telefon," katanya.