KETIADAAN duit kecil atau syiling untuk dijadikan wang baki pelanggan sering berlaku di restoran atau kedai runcit.
Bagi mengatasinya, ada peniaga menjadikan gula-gula atau apa sahaja produk jualan mereka sebagai tukar ganti.
Namun begitu, tidak semua pelanggan dapat menerima kaedah sedemikian, seperti mana wanita ini yang terkejut apabila diberikan dua biji gula-gula sebagai pengganti baki wang.
Wanita ini berkongsi resit bayaran dan baki yang diterimanya.
Dia yang enggan mendedahkan identiti sebenar berkata, wang baki yang sepatutnya diterima adalah RM1.75.
Bagaimanapun, juruwang memberikan sekeping syiling 50 sen dan 20 bersama dua biji gula-gula, seolah-olah nilainya adalah RM1.
"Bukan berkira, tapi korang setuju ke cara ni? Kedai ni viral ya, pelanggan tak henti masuk.
ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa rasa ‘terpaling’ pandai hias rumah, siap berani jual perabot! Beli baru ikut selera sendiri - “Bagi alasan nak konsep minimalis”
ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga tinggi tahap tawakal... Pergi solat tak tutup kedai, letak notis ajar pelanggan urus sendiri jual beli
"Masa ni suami yang tunggu baki, aku dah duduk kat meja.
"Sepatutnya baki RM1.75 tapi tak cukup duit kecil, jadi dia bagi 70 sen dan dua biji gula-gula," ujarnya menerusi hantaran di media sosial.
Terkejut menerima baki seperti itu, suaminya cuba mendapatkan kepastian dengan bertanyakan kenapa dia tidak menerima nilai yang sepatutnya.
Kebanyakan restoran sediakan satu bekas gula-gula secara percuma untuk pelanggan mereka.
WARGA MAYA
Lantas juruwang memberitahunya bahawa sebiji gula-gula berharga RM0.50.
Akur dengan cara tersebut, wanita ini mempersoalkan pula tentang baki RM0.05 yang sepatutnya diperoleh seperti yang tertulis pada resit.
"Juruwang cakap gula-gula kira sebiji 50 sen, jadi sebelum balik aku dah berpakat dengan suami untuk beli air dan bayar guna gula-gula tu.
"Masa buat pesanan, juruwang cakap kalau beli yang ketiga (air) dapat percuma satu.
Antara reaksi warga maya pada hantarannya.
"Jadi aku dan suami tak jadi bayar guna gula-gula sebab dapat air percuma tu," tambahnya yang mengambil keputusan untuk membuat aduan kepada pihak berwajib.
Konsep pulangan baki seperti itu jelas tidak dipersetujui kebanyakan pelanggan seperti mana dapat dilihat di ruangan komen hantaran ini.
"Tak boleh begitu, dalam jual beli Islam kenalah ikut akad asal jual beli.
"Mana boleh macam tu, dia tak ada duit kecil bukan masalah pelanggan, kalau saya memang akan batalkan pembelian. Tak boleh terima gula-gula sebiji 50 sen.
"Kebanyakan restoran sediakan satu bekas gula-gula secara percuma untuk pelanggan mereka.
"Kalau saya, datang sekali lagi akan bawa gula-gula sama... kemudian bayar guna gula-gula tu," demikian antara reaksi warga maya.