suria

Isteri rasa pelik diminta layan nafsu suami secara VC, makin tak selesa tinggal bersama mentua - “Saya di Pantai Timur”

Kecanggihan teknologi mendekatkan insan tersayang yang berjauhan. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita keliru dan dalam masa sama bimbang apabila diminta melayani kehendak batin suami melalui panggilan video (VC) kerana menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ).

Wanita itu mengakui situasi tersebut agak janggal kerana sebelum ini mereka tinggal bersama dan tidak pernah melakukan perkara sebegitu.

Ia berlaku selepas suaminya berpindah tempat kerja di Alor Setar, Kedah, manakala dia masih berada di Pantai Timur.

Pasangan PJJ berdepan dengan pelbagai cabaran dan ujian. -Gambar hiasan

Pasangan PJJ berdepan dengan pelbagai cabaran dan ujian. -Gambar hiasan

"Nak tanya, normal ke layan kehendak suami ikut VC? Rasa janggal sebab sebelum ni duduk sama tak pernah buat macam ni.

"Sekarang dah berjauhan baru tahu kaedah macam ni. Maaf jika soalan ni pelik, mohon jangan kecam ye," katanya yang berkongsi pertanyaan itu di sebuah kumpulan komuniti di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tak sanggup PJJ, suami berhenti kerja ‘oil and gas’ gaji 30K... Desak masuk badan beruniform, bagi alasan lebih terjamin

ARTIKEL BERKAITAN: “Baru masuk rekrut polis dalam diam dia curang” - Speechless! Cinta PJJ siswi diduga kerana teman lelaki belum move on

Tambahnya, dia kini tinggal di rumah mentua, membuatkan keadaan bertambah tidak selesa untuk membuat panggilan video.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen dengan mereka berpandangan jangan sesekali merakam perbuatan yang dilakukan dalam VC.

Saya tak rekod, cuma agak janggal… dah berjauhan baru tau kaedah begini.

PENGADU

"Better layan through VC daripada dia tak ada tempat nak lepas. Cuma jangan rakam la.

"Berjimak jarak jauh namanya tu. Bahaya kalau ada yang rakam," kata warga maya.

Wanita itu bagaimanapun mendedahkan dia dan suami tidak pernah sesekali terfikir untuk merakam perbuatan berkenaan.

Reaksi netizen

Reaksi netizen

"Saya tak rekod, cuma agak janggal sebab sebelum ni duduk bersama tak pernah buat macam tu dah berjauhan baru tau kaedah begini," katanya.

Terdapat juga warga maya menasihatkan agar pasangan PJJ itu mencari ruang untuk bersama tanpa gangguan orang lain.

"Awak duduk dengan mentua, kalau dia balik lebih baik check in kat tempat lain untuk penuhi kepuasan suami isteri. Satu malam pun tidak mengapa," katanya.

Artikel Lain