KEBANYAKAN individu akan berusaha untuk tampil kemas, bergaya dan meyakinkan pada hari pertama melapor diri di tempat kerja baharu.
Penampilan yang sempurna semestinya akan mewujudkan tanggapan positif kepada majikan serta rakan sekerja.
Namun menerusi satu perkongsian di Thread, seorang wanita mendedahkan dirinya ditegur hanya kerana kelihatan terlalu menarik pada hari pertama dia bekerja.
Wanita tidak digalakkan mengenakan solekan tebal ketika bekerja. -Gambar hiasan AI
"Dalam minggu ini, aku dah mula kerja di tempat baharu. Hari pertama dah kena tegur dengan rakan sepejabat.
"Dia cakap kalau nak kerja, tak payah pun nak bersiap dan mekap sangat," tulisnya.
Menurut wanita itu, dia pada awalnya tidak ambil pusing dengan teguran tersebut, namun mula berasa kurang senang apabila masih menerima teguran sama.
Lepas tu masa nak makan tengah hari, dia ulang lagi cakap pasal bersiap. Kenapa macam tu awak?
PEKERJA BAHARU
"Awalnya aku okay saja sebab dia cakap lembut je. Aku balas, biasalah semangat hari pertama masuk pejabat kan.
"Lepas tu masa nak makan tengah hari, dia ulang lagi cakap pasal bersiap. Kenapa macam tu awak?
"Aku nak bersiap dan diri aku memang suka bersiap sejak zaman belajar lagi. Jangan risau tak minta duit awak pun," tulisnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar malas hadir jamuan raya, ‘gelabah’ cikgu larang mekap... Wanita terkejut ‘diserang’ sebab beri nasihat
ARTIKEL BERKAITAN: Cari rezeki sampai 4 pagi, akak jual mekap tertidur siap mengigau masa 'live' TikTok... Ramai harap bos bagi bonus
Perkongsian wanita itu menerima pelbagai reaksi netizen termasuklah yang pernah berdepan pengalaman sama.
Di ruangan komen, seorang wanita mengaku dia juga pernah dituduh tidak sembahyang kerana mengenakan solekan wajah.
"Pernah kena tanya, solat ke tak sebab pakai mekap? Saya terus mengucap. Saya jaga wuduk. Kalau terbatal pun, cucilah, pakai balik (mekap), apa susah?
"Terus dia cakap macam menyusahkan je. Eh tak menyusahkan awak atau saya, dia pula sibuk," kongsi individu itu.
Pekerja baharu perlu bersikap terbuka apabila ditegur senior di pejabat. -Gambar hiasan AI
Menurut beberapa netizen lagi, wanita itu tidak perlu ambil pusing dengan teguran rakan sekerjanya selagi dia tidak melakukan perkara yang salah.
"Anggaplah awak cantik. Kadang-kadang orang ada masalah, tak boleh tengok orang lebih. Fokus kerja dan jangan hiraukan dia.
"Dia dengki kot. Kita bersiap sebab nak naikkan motivasi pergi kerja.
"Jangan layan. Jadi diri sendiri. Dia nak selekeh dan busuk, lantak dia la," tulis netizen.