PASANGAN suami isteri seharusnya meluangkan masa bersama sebanyak mungkin untuk mengukuhkan hubungan dalam rumah tangga yang dibina.
Namun, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila suaminya sering pulang lewat malam kerana leka melepak di kedai mamak.
"Sepatutnya suami balik kerja pukul 7 petang, tapi pukul 9 malam dia tak sampai rumah. Rupanya lepas habis kerja, dia pergi melepak dekat mamak, siap makan tanpa beritahu apa-apa.
Wanita biasanya lebih sensitif ketika sedang berbadan dua. -Gambar hiasan AI
"Dia senyap je. Padahal kita tunggu dia, dah siap masak untuk makan sekali. Sikit kata maaf pun dia tak cakap sebab dah buat kita tertunggu-tunggu. Dah la tak jamah sikit pun masakan kita," tulis wanita itu.
Tanpa mendedahkan identiti diri, wanita itu berkata suaminya juga banyak meluangkan masa bermain permainan video sehingga lewat malam.
Tambahnya lagi, disebabkan suaminya kerap mengulangi perbuatan sama, hatinya kini semakin terluka.
Saya tengah sarat, hujung bulan nak bersalin.
ISTERI
"Balik tak bawa apa-apa (makanan), lepas tu boleh pula masuk bilik, on game dengan kawan-kawan sampai lewat malam. Dia kerja atau cuti, rasa macam sama je.
"Dia tak pernah duduk borak dengan aku, jarang bertanya sampai aku rasa sunyi macam duduk sendirian di rumah. Aku sebenarnya dah penat sangat," luahnya lagi.
Lebih menyedihkan, wanita itu berkata dia tiada pilihan kerana tidak bekerja dan sedang menunggu masa untuk bersalin.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri rasa pelik diminta layan nafsu suami secara VC, makin tak selesa tinggal bersama mentua - “Saya di Pantai Timur”
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ‘angau’ bercinta, rancang nikah janda... Bakal isteri terkejut difitnah guna nasi kangkang
"Saya tak kerja, saya suri rumah je. Saya tengah sarat, hujung bulan nak bersalin. Saya cuma terkilan dia tak beritahu saya apa-apa. Bila balik, sibuk dengan telefon.
"Padahal dia tahu saya selalu tunggu. Sibuk dengan game macam saya tak wujud. Dia buat macam dia sendirian dalam rumah ni. Saya cuma nak borak, nak dia gurau dengan saya," luahnya lagi.
Di ruangan komen, ramai netizen turut menyelar tindakan suami wanita itu yang dianggap kebudak-budakan.
Ada individu boleh menghabiskan masa berjam-jam bermain game sambil melepak dengan kawan-kawan. -Gambar hiasan AI
"Maaf cakap tapi laki awak ni macam budak sekolah. Dah kahwin pun tak reti ubah perangai.
"Ni macam suami tak sayang bini je. Sebab tindakan dia sangat dingin. Macam hidup dalam dunia sendiri.
"Kau tidur je kak. Layan Netflix, jangan buat apa-apa. Kau pun dah sarat," antara pesan netizen.