PERGAULAN bebas anak muda hari ini semakin membimbangkan apabila ramai yang terjebak dalam hubungan intim sebelum bernikah.
Walaupun dilarang dalam Islam, ada juga individu menganggap perkara ini sebagai lumrah atas alasan cinta dan kepercayaan.
Seorang gadis turut mendedahkan di aplikasi Thread bahawa dia pernah terlanjur dengan teman lelaki dan kini hidup dalam penyesalan.
Hotel bajet menjadi pilihan segelintir pasangan yang mahu bersekedudukan. -Gambar hiasan AI
Tanpa mendedahkan identitinya, gadis itu mendakwa dia yang telah 'ditebuk tupai' akhirnya ditinggalkan teman lelakinya yang memilih untuk menikahi wanita lain.
"Lelaki yang dah rosakkan saya, yang berjanji untuk kahwini saya, tapi akhirnya dia tinggalkan saya.
"Dia akan berkahwin dengan perempuan yang suci, yang tak pernah dia rosakkan.
Lelaki yang dah rosakkan saya, yang berjanji untuk kahwini saya, tapi akhirnya dia tinggalkan saya.
GADIS TERLANJUR
"Saya tak minta banyak, saya cuma nak kata-kata semangat je daripada anda semua," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang mengecam gadis itu kerana merelakan dirinya untuk ditiduri oleh lelaki itu.
"Meh sini aku nak bagi ayat menusuk kalbu biar kau sedar dengan kesilapan dan kebodohan kau ya. Kau umur berapa? Kau bodoh ke? Tak kan kau tak boleh nak berfikir bila dia minta untuk sentuh kau?
ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki terlanjur dengan kekasih gelap... Tak pernah sentuh bakal isteri, rupanya nak ‘rasmi’ lepas nikah
ARTIKEL BERKAITAN: Terlanjur dengan ‘ex-GF’ dari seberang, lelaki tebus dosa beri ‘nafkah’ bulanan! Bini sendiri diabai, dibiar tak cukup wang
"Itu maknanya dia memang hanya nak tubuh kau je. Dia tak nak kau pun. Dia memang akan memberi janji manis nak bertanggungjawab semua tapi akhirnya dia akan cari wanita yang belum pernah disentuh," tulis seorang individu.
Beberapa netizen turut meninggalkan komen sinis, namun ramai juga yang memberi nasihat agar dia bertaubat.
"Tak apa sis, kuat dan sabar. Jaga aib, jangan cerita dekat sesiapa. Maafkan diri awak dan bertaubat, mohon ampun dengan Allah.
Pasangan bercinta perlu menjaga batas pergaulan dan maruah diri. -Gambar hiasan AI
"Maaf sis, kalau suka sama suka, itu bukan 'dirosakkan' tapi merelakan.
"Jika lelaki itu pernah rosakkan awak. Maknanya, dia bukanlah lelaki yang baik. Kenapa nak hidup dengan lelaki sebegitu?
"Bertaubatlah dan kembali kepada Allah. Jangan ulangi apa yang dah berlaku," antara komen netizen.