suria

Pemandu e-hailing kepoh lepas bantu letak stroller dalam but, terus dapat rating buruk - “Aku pantang orang usik fasal anak”

Perkhidmatan e-hailing bertujuan memberi keselesaan kepada pengguna. -Gambar hiasan AI

SEORANG ibu muda meluahkan rasa kecewa terhadap layanan tidak mesra seorang pemandu e-hailing ketika menggunakan perkhidmatan itu untuk ke pasar raya Mid Valley, Kuala Lumpur bersama anaknya yang masih kecil.

Menurut wanita itu, ini kali pertama dia memberikan penilaian satu bintang kepada pemandu selepas berasa tidak selesa dengan layanan yang disifatkan sebagai kasar dan tidak bertimbang rasa.

Lebih membuatkan wanita itu berang, pemandu tersebut turut menuduhnya sebagai ibu yang tidak tahu menjaga anak.

Individu yang memilih perkhidmatan e-hailing bertujuan mengelak bersesak dalam pengangkutan awam. -Gambar hiasan AIRamai memilih perkhidmatan e-hailing kerana lebih mudah. -Gambar hiasan AI

"Aku dengan anak setahun lebih dan ada stroller. Aku minta tolong masukkan stroller ke dalam boot, tapi lepas aku naik kereta, dia mula membebel kata tak payah keluar, susah nak bawa anak.

"Kemudian aku nak WhatsApp suami aku untuk hantar update, uncle tu boleh marah-marah aku pegang telefon. Aku mulalah baran.

"Aku terus tinggi suara dan beritahu aku bukan nak berjalan tapi pergi kerja. Terus dia diam,” kongsinya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sakit, wanita minta izin nangis dalam kereta! Uncle Grab batal trip seterusnya untuk pujuk, siap belikan makan minum

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan kahwin muda mohon zakat sebab malas kerja! Sebelum ini 'dibela' mak ayah... Bapa bawa Grab, malam jadi 'guard'

Menurutnya lagi, pemandu itu turut menyentuh sifat keibuannya dengan berkata dia tidak pandai menjaga anak kerana asyik sibuk dengan telefon.

"Paling aku angin dia boleh kata aku tak pandai jaga anak sebab pegang telefon. Aku pantang orang usik pasal anak.

"Sebab bawa anak la aku naik e-hailing. Kalau rasa tak boleh bawa penumpang ada anak kecil, tulis la siap-siap dalam aplikasi tu,” katanya.

  • Ibu muda kecewa dilayan kasar pemandu e-hailing.
  • Pemandu tuduh dia tak pandai jaga anak.
  • Penumpang marah disuruh tinggal anak dalam kereta terlebih dahulu.
  • Dia beri satu bintang sebagai teguran.
  • Netizen sokong tindakan dan kecam pemandu.

Lebih mengejutkan, pemandu itu turut menyarankan supaya dia meletakkan anaknya ke dalam kereta terlebih dahulu dan kemudian barulah memasukkan kereta sorong bayi.

"Eh, nak suruh tinggal anak aku seorang dengan dia dalam kereta? Gila ke?" soalnya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang menyokong tindakan wanita terbabit memberikan penilaian rendah sebagai bentuk peringatan kepada pemandu kepada syarikat penyedia perkhidmatan.

"Dia memang layak dapat satu bintang, 'kepoh' (penyibuk). Elok lapor je.

"Sibuk hal orang dah kenapa? Buat je la kerja kau pakcik oi, orang bayar kot.

"Memang banyak pemandu yang bermasalah macam ni, mereka terbawa perangai masa bawa teksi," katanya.

 

Artikel Lain