suria

Staf KKM berang pesakit hina fasiliti kesihatan, silap orang ajak gosip! - “Miskin, lepas tu kufur nikmat”

Hospital kerajaan sentiasa cuba memberikan layanan dan khidmat terbaik kepada rakyat. -Gambar hiasan AI

SEORANG petugas kesihatan meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir rakyat yang dianggap tidak menghargai kemudahan kesihatan percuma disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Staf wanita itu yang kini berkhidmat secara sementara di sebuah hospital universiti menempelak golongan yang gemar merungut mengenai fasiliti kerajaan.

Jelasnya, dia menyedari tentang wujudnya pandangan negatif itu selepas terdapat pesakit yang seolah-olah mengajaknya 'bergosip' mengenai keburukan fasiliti KKM.

Pelbagai ragam pesakit yang perlu dihadapi petugas kesihatan. -Gambar hiasan AIPelbagai ragam pesakit perlu dihadapi petugas kesihatan. -Gambar hiasan AI

"Kau datang hospital universiti, kau tak payah nak kutuk fasiliti KKM. Tak sedar diri, miskin, lepas tu kufur nikmat.

"Kau ingat aku nak join sekali kutuk? Aku ni aset KKM, dipinjamkan sekejap je kat sini. Aku baran ye orang kutuk tempat kerja aku," luahnya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: “OK bye KKM” - Dulu belajar di Rusia, doktor nekad 'resign' lepas ditukar ke Sabah... Tak sanggup lagi jauh dengan famili

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dakwa caj murah hospital 'gomen' punca asnaf beranak ramai, rakyat abai kesihatan! Lepas tu rayu bantuan sara hidup

Tambahnya, golongan seperti itu tidak pernah sedar hakikat bahawa mereka mahukan perkhidmatan yang terbaik dan percuma, tetapi bersikap tidak acuh dalam menjaga kesihatan.

"Semua nak free, kesihatan tak jaga. Tarikh janji semua tak cakna. Habis semua appointment kau lupa pergi.

"Ubat merata kau kaut kat klinik dengan hospital KKM sebab percuma. Lepas tu nak demand servis ikut tekak kau," katanya.

Dalam pada itu, dia juga membandingkan sikap segelintir pesakit yang kurang berkemampuan dengan golongan berada. 

  • Petugas kesihatan kecewa pesakit hina fasiliti KKM.
  • Dakwa ramai mahu rawatan percuma tapi tak jaga kesihatan.
  • Pesakit sering lupa janji temu dan ambil ubat berlebihan.
  • Golongan berduit lebih bersyukur, tak banyak kerenah.
  • Netizen setuju golongan B40 paling banyak kompelin.

Menurutnya, mereka yang berpangkat atau berduit selalunya lebih bersyukur dan menghargai layanan yang diterima.

"Mereka berpangkat ni elok je, siap bagi buah tangan atau belanja staf sebab tahu servis yang diterima semuanya percuma. 

"Yang tak berapa ni je yang banyak 'cekadak' (rungutan), terutama warga emas," katanya.

Reaksi warga mayaReaksi warga maya

Bagi netizen, mereka bersetuju dengan pandangan petugas kesihatan berkenaan kerana rata-rata individu yang kerap membuat masalah di hospital kerajaan adalah kelompok B40.

"Jujur cakap kebanyakan pesakit yang suka kompelin ni memang yang biasa-biasa, ada dalam kalangan B40. Kalau lagi susah lagi banyak 'cekadak'.

"Mereka ni nak layanan macam hospital swasta di hospital kerajaan tapi tak jaga kesihatan, terlepas janji temu, tak makan ubat.

"Kadang-kadang kita kena mengamuk juga. Kita tersepit KKM suruh rawat pesakit 'tip top', manjakan pesakit dengan segalanya percuma sampai naik lemak," katanya.

 

Artikel Lain