MEMPUNYAI pembantu rumah selalunya diharapkan dapat memudahkan urusan harian, terutamanya bagi wanita bekerjaya atau ibu yang menguruskan rumah tangga sepenuh masa.
Namun bagi seorang wanita ini, pengalaman bersama pembantu rumah bertukar menjadi beban emosi yang tidak dijangka.
Menurut wanita tersebut, pembantu rumahnya menunjukkan sikap rajin hanya pada awalnya namun mula berani mempamerkan 'taring' beberapa bulan kemudian.
Mempunyai pembantu rumah yang rajin merupakan satu rezeki. -Gambar hiasan
"Lepas budak-budak (anak) berangkat ke sekolah, wajib tidur balik. Alasan sebab bangun seawal 5 pagi sediakan sarapan dan bekal anak-anak. Ok fine, diterima.
"Walaupun sepatutnya pagi-pagi tu la nak buat laundry, kemas rumah bagai. Lepas tu nak rest tidur apa semua, saya tak kisah.
"Pukul 8 pagi naik atas lepak bilik anak (anak istimewa) konon nak kejut dan tolong apa-apa patut. Tapi kebanyakan masa apabila check, dia tidur sebelah anak sampailah pukul 9 pagi," tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Waktu VC dengan suami nampak tangan wanita ‘menjalar’ dekat bahu, rupanya bibik! Bagi alasan tolong urut badan
ARTIKEL BERKAITAN: Bibik abang nak cari ‘duit tepi’, tawar diri mengasuh anak... Wanita terkejut dah siap tetapkan kadar gaji
Bukan setakat suka tidur pagi ujarnya, pembantu rumah berkenaan mula melakukan kerja-kerja mengemas ala kadar, culas dan tidak segan silu bersantai dan ada kalanya seakan-akan bertindak seperti sebahagian daripada keluarga majikan.
"Dia tak kisah untuk bangun walau kita lalu lalang tepi dia. Selagi tak panggil, tak bangun.
"Pernah saya keluar rumah 10 pagi dia tengah terbongkang atas sofa, saya balik 1 tengah hari pun dia masih di situ.
"Kalau depan keluarga lain, nampak macam maid terbaik. Bingkas buat kerja, mesra dengan semua orang. Pandai berlakon," tulisnya lagi.
- Seorang wanita berkongsi pengalaman kurang enak ketika mengambil pembantu rumah sebelum ini.
- Menurutnya, pembantu rumah tersebut hanya rajin pada awalnya namun lama-kelamaan menunjukkan 'taring'.
- Selain kaki tidur, pembantu rumahnya melakukan tugas mengemas ala kadar.
- Pembantu rumahnya juga pandai berlakon di hadapan orang lain.
- Akibat tidak tahan, wanita itu akhirnya nekad 'melepaskan' pembantu rumahnya selepas lapan bulan.
Tambah wanita tersebut, dia sebenarnya bukan terlalu cerewet dan tidak kisah jika pembantu rumah ingin berehat, asalkan kerja yang diamanahkan sudah diselesaikan.
Apa yang membuatkan dia terkilan, pembantu rumah berkenaan dilayan dengan baik malah tidak lupa membawanya bercuti bersama-sama selain gaji dibayar tepat pada masanya.
Namun kebaikan tersebut seolah-olah diambil kesempatan.
"Anyway, saya lepaskan dia... lapan bulan saja kerja. Lega yang saya rasa lepas tu, macam satu beban dah dilepaskan," akhirinya.
Menjengah ruangan komen, warga maya rata-ratanya meluahkan simpati seolah-olah memahami situasi yang dialami wanita berkenaan.
Netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing.
Malah mereka turut berkongsi pengalaman hampir serupa agar dapat dijadikan pengajaran buat majikan lain.
"Saya pernah ada dua maid, dua-dua gatal. Geram rasa. Seorang lagi maid, berumur sikit, suka tidur. Seorang lagi maid takut tidur seorang, saya kena tidur dengan dia.
"Kakak saya jenis tegas dan instruction dia pun saya tak sanggup dengar. Sekarang saya faham kenapa dia buat macam tu.
"Jangan sesekali layan macam keluarga. Baik tu boleh tapi biarlah berpada-pada," komen netizen.