SEORANG wanita mencetuskan rasa kurang senang orang ramai selepas didakwa meninggalkan najis anaknya di depan kaunter sebuah kedai bajet popular.
Kejadian yang berlaku itu dikongsi seorang pengguna media sosial yang kebetulan berada di lokasi bersama neneknya.
Menurutnya, dua orang kanak-kanak lelaki dipercayai anak kepada wanita terbabit berada berhampiran kaunter bayaran.
Namun salah seorang daripadanya didapati membuang air besar.
Membeli belah bersama anak-anak pasti menghiburkan. -Gambar hiasan AI
"Minggu lepas aku pegi kedai tu bawa nenek aku shopping.
"Ada akak ni bawa anak lelaki dua orang, seorang berumur dalam empat atau lima tahun manakala seorang lagi berkemungkinan tujuh tahun.
"Si adik tu pergi berak dekat kaunter," ujarnya menerusi hantaran di media sosial.
Meskipun terkejut melihat situasi itu, dia terdengar si abang memanggil ibunya dan memberitahu tentang apa yang berlaku.
ARTIKEL BERKAITAN: Lepas sedap bercuti, nak balik tinggal najis! Warga emas tahan bau busuk kutip lampin, tak rela biar Pantai Penarik tercemar
ARTIKEL BERKAITAN: “Suami ketawa sambil rakam” - Wanita panik anak terberak dalam butik mewah, berpeluh-peluh cuci najis atas lantai
Bagaimanapun, si ibu meminta dia mendiamkan diri dengan menampar tangannya.
"Anak dia yang tujuh tahun dah bising... mak, tahi. Adik berak!
"Mak dia tampar tangan si abang suruh diam," tambahnya yang terkejut dengan reaksi tidak bertanggungjawab ibu kanak-kanak terbabit.
- Budak kecil berak depan kaunter kedai masa ibu tengah shopping.
- Abang budak itu beritahu si ibu tapi dia disuruh diam.
- Si ibu tak bersihkan najis, terus beredar selepas buat bayaran.
- Netizen geram dengan sikap ibu yang cuai dan tak bertanggungjawab.
- Netizen kongsi pengalaman serupa, kecam ibu tu sebagai pengotor dan tak peduli.
Lebih mengejutkan apabila dia terus membawa kedua-dua anaknya keluar dari kedai berkenaan selepas membuat bayaran.
Dakwa pengadu lagi, ibu kanak-kanak terbabit juga seolah-olah tidak berasa bersalah dengan tingkah laku anaknya.
"Dia tinggal je najis anak dia depan kaunter tu. Bayar barang-barang dia dan keluar tanpa rasa bersalah," tambahnya lagi.
Netizen berkongsi pengalaman dan pandangan masing-masing.
Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.
Menerusi ruangan komen, rupanya ramai pernah melalui situasi sama dan turut meluahkan rasa geram kerana keluarga kanak-kanak terlibat tidak bertanggungjawab.
"Takkan maaf pun tak boleh cakap? Tak pun tanyalah kat kaunter tu macam mana nak buat, ada mop ke... ni main tinggal je.
"Anak aku kena makan ubat dekat kaunter jururawat dan termuntah. Doktor lari pergi ambil tisu tapi anak aku muntah kali kedua, aku pun cakap yang dia tak boleh tengok tisu dan nak tolong lapkan tapi doktor tak bagi.
"Pernah kena, anak pelanggan kencing dalam kedai, ayah dia keluar awal-awal tinggalkan isteri, tapi mak budak-budak tu pun buat tak tahu juga.
"Satu je nak cakap, mak budak tu memang pengotor, pemalas dan tak bertanggungjawab," demikian reaksi netizen.