suria

Anak-anak remaja buat ibu macam hamba dalam rumah... Teguran suruh buat kerja dibalas sepak terajang!

Tidak dinafikan ada segelintir anak sanggup melayani ibu sendiri seperti 'hamba'. -Gambar hiasan AI

BAGI kebanyakan ibu, membesarkan anak hingga ke usia remaja sepatutnya memberi sedikit kelegaan kerana ketika itulah mereka sudah mampu berdikari dan mula belajar memikul tanggungjawab.

Namun tidak bagi seorang wanita berusia 50-an ini.

Dalam satu luahan di media sosial, dia berkongsi perasaan tertekan apabila dua orang anaknya yang kini menuntut di sekolah menengah langsung tidak membantu meringankan kerja rumah malah semakin menjadi beban emosi buat dirinya.

Kebanyakan golongan remaja kini mengalami ketagihan gajet. -Gambar hiasan AI

"Dua anak sudahpun sekolah menengah, level malasnya sungguh merimaskan. Jangankan tolong cuci pinggan, suruh belajar pun malas.

"Setiap hari lekat dengan phone je. Kalau dah penat sangat baru tidur, dan bila sangat lapar baru makan. 

"Orang tua manalah yang boleh tahan hadap perangai anak macam ni," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja hempas pintu malas pergi tuisyen, ibu tahan marah sambil doa! Sesuatu berlaku lepas anak pulang dari kelas

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap gaduh dengan mak, anak derhaka kini menyesal! Ada sesuatu jentik hati lepas keluar rumah

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu, kedua-dua anak remajanya juga tanpa rasa bersalah mengherdik dan berkelakuan kasar terhadapnya jika tidak senang dengan teguran yang disuarakan.

"Yang lelaki bagi main handphone dua jam tak cukup, lepas tu mengamuk, maki hamun siap pukul, sepak terajang mak dia.

"Yang perempuan dah tak tahu nak cakap apa. Tegur elok-elok pun sanggup tengking mak dia," kongsinya.

  • Wanita berusia 50-an kecewa dengan sikap dua anak remajanya yang sangat malas.

  • Anak lelaki jadi agresif apabila ditegur, termasuk memaki hamun dan memukul ibunya, manakala anak perempuan pula berani menengking.

  • Suami langsung tidak membela, sebaliknya menyalahkannya kerana gagal mendidik anak.

  • Si ibu berniat keluar dari rumah kerana terlalu tertekan, namun terhalang kerana faktor usia.

  • Warga maya bersimpati dan menyarankan agar wanita itu mengambil tindakan tegas termasuk membuat laporan polis.

Bukan tidak pernah mengadu hal tersebut kepada suami, namun menurutnya lelaki itu bukan membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya dia pula yang dipersalahkan sehingga mengalami tekanan.

"Saya dimarahnya (suami) sebab katanya saya gagal mendidik anak. Saya dah packing baju nak tinggalkan mereka tapi tak tahu nak ke mana.

"Nak cari kerja kemas rumah ke jaga budak, tapi tiada yang nak ambil sebab dah umur 50an," keluhnya lagi sambil meminta pandangan warga maya. 

Di ruangan komen, warga maya meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa wanita tersebut, malah ramai yang turut berkongsi pengalaman hampir sama.

Antara reaksi warga maya.

Tidak kurang juga ada yang mengecam sikap si suami yang sepatutnya menjadi tempat bergantung, namun hanya menambah beban emosi si isteri.

"Pergi buat laporan polis, bagi pengajaran sikit.

"Ada laki pun macam tak function. Dia ketua keluarga, boleh pula lepas tangan.

"Keluarlah dari rumah tu puan, biar bapa mereka pula ambil alih," demikian antara komen netizen.  

Artikel Lain