SEORANG lelaki berkongsi pengalaman menjadi mangsa buli fizikal sehingga mengalami kecederaan serius termasuk bibir pecah ketika zaman sekolah.
Mengimbau peristiwa hitam yang berlaku pada 1990 itu, pemuda dikenali sebagai Izzuddin Nooh berkata kejadian berlaku semasa umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.
Pada masa itu, usianya baru 14 tahun manakala pembuli berada di Tingkatan 4.
"Zaman tu, sekolah mula perkenalkan silat cekak kalau tak silap, tahun tu juga senior perkenalkan sistem buli yang dipanggil sparring.
Kes buli juga kerap dilaporkan di sekolah berasrama. -Gambar hiasan
"Kalau dulu, kau kena pukul je tapi kali ini dah macam fight club... dia akan ajak kau sparring.
"Jadi ada satu malam, seorang senior ajak aku sparring, sekali dia kena tibai dengan aku," imbaunya.
Tambah Izzuddin, kejayaannya itu tidak bertahan lama apabila dia dikejutkan dengan serangan balas daripada rakan-rakan pembuli terbabit.
Menurutnya, serangan tersebut bagi menutup rasa malu kerana 'dibelasah' oleh junior.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dakwa anak buah dibuli di ‘sekolah terbaik’, bekas budak asrama kata lapor warden cuma burukkan keadaan
ARTIKEL BERKAITAN: Dendam membara! Mangsa dakwa buli di asrama jadi budaya, guru dan warden pun tak boleh harap - “Taufiq nama dia”
Mengakui sudah memaafkan pelaku, namun ujarnya, dia tidak mampu melupakan detik dia dibelasah hingga lembik.
"Masa tu bulan puasa, pecah bibir... pergi kelas rasa lembik, tak bertenaga.
"Aku malas nak fikir, dah tua-tua ni, aku memaafkan tapi tak boleh nak lupakan," ujarnya yang turut mengenangkan nasib pelaku tersebut.
Menurut bapa kepada tiga cahaya mata ini, dia mendapat berita bahawa pembuli terbabit berubah secara drastik selepas diserang strok.
- Pengadu jadi mangsa buli fizikal sampai bibir pecah masa umur 14 tahun.
- Senior perkenal konsep ‘sparring’ sebagai cara buli.
- Dibalas teruk lepas kalahkan senior dalam sparring.
- Pembuli kena strok, hidup merana – dianggap kifarah.
- Mangsa lain masih trauma dan simpan dendam.
Lebih menyedihkan apabila dia ditimpa kesusahan sepanjang tempoh itu.
Bagi Izzuddin, apa yang dialami pelaku masa ini adalah kifarah atas perbuatannya dahulu.
Tambahan pula, ada antara rakannya yang menjadi mangsa buli tidak mahu memaafkan setiap kejadian yang berlaku.
"Member aku yang kena buli dengan mamat ni tak boleh nak memaafkan dan tak boleh nak melupakan.
"End up kehidupan pembuli ni, Allah tarik nikmatnya. Hidup susah lepas kena strok.
Ramai yang berkongsi pengalaman dibuli semasa berada di zaman persekolahan.
"Member aku cakap, sampai mati tak akan maafkan," tambahnya.
Pengalamannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya termasuk perkongsian mangsa buli dan mereka yang berada dalam kelompok berkenaan.
"Kena buli di asrama dulu walaupun budak SMKA (sekolah menengah kebangsaan agama). Aku dibelasah teruk di muka dan badan... harap dapat jumpa pembuli-pembuli tu.
"Pernah kena juga, belum dapat maafkan lagi, dua-dua dah kena kanser.
"Aku harap pembuli aku dekat Mesir dulu mati berkecai, nama dia Zaihan kalau tak silap.
"Ustaz cakap sebelum kita mati, kita akan dapat balasan sebagaimana kita buat pada orang," demikian reaksi warga maya.