suria

Kesal cikgu tak berapa ‘cerdik’, hati kering! Anak kena influenza, berhingus tetap hantar ke rumah pengasuh

Ramai ibu bekerja bergantung kepada khidmat pengasuh untuk memastikan anak-anak dijaga. -Gambar hiasan AI

TUGAS sebagai pengasuh bukan sekadar menjaga anak kecil ketika ibu bapanya keluar bekerja tetapi dalam masa saba menuntut kesabaran, keprihatinan dan tanggungjawab besar seolah-olah menjaga anak sendiri.

Namun tidak semua ibu bapa menghargai pengorbanan itu.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila ibunya yang bekerja sebagai pengasuh sering diperlakukan sambil lewa oleh ibu bapa anak asuhan terutama apabila si kecil sakit.

Pengasuh menjadi individu paling dipercayai ibu untuk menguruskan anak mereka sepanjang waktu bekerja. -Gambar hiasan AI

Tanpa sebarang pemberitahuan awal, anak-anak dihantar ke rumah pengasuh dalam keadaan tidak sihat dan tanpa dibekalkan ubat.

"Mak aku mengasuh anak-anak cikgu, tapi setiap kali mereka demam, mak mereka tak pernah beritahu. Sampai-sampai tengok anak dah berhingus, ubat pun tak dibawa.

"Semua mak aku yang belikan. Mereka tak ada rasa nak ambil cuti ke jaga anak sekejap?" luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas kantoi sorok sedang hamil, pengasuh pandai-pandai cari pengganti... Nak suruh adik umur 18 tahun jaga anak orang!

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh banyak drama! Matahari tegak atas kepala baru nak bangun tidur, kerap sangat guna alasan mabuk hamil

Lebih memilukan, wanita itu turut berkongsi pengalaman sedih apabila bayinya sendiri dijangkiti RSV (respiratory syncytial virus) ketika berpantang di rumah ibunya.

"Waktu anak aku dua bulan, kena RSV sampai terhenti nafas. Sebulan lebih dekat wad," ceritanya lagi.

Situasi menjadi lebih membimbangkan apabila pernah berlaku kes anak asuhan dijangkiti Influenza A, namun kanak-kanak itu tetap dihantar tanpa dimaklumkan kepada ibunya.

"Tahu pun (kena influenza) daripada cikgu lain," ujarnya lagi.

  • Seorang wanita berkongsi rasa kecewa kerana ibunya yang bekerja sebagai pengasuh, sering menerima anak asuhan yang sakit tanpa diberitahu.
  • Ibunya pula yang terpaksa membelikan ubat kerana tidak dibekalkan.
  • Bayinya sendiri pernah dijangkiti penyakit, dpercayai berpunca daripada anak asuhan.
  • Mereka memahami komitmen ibu bekerja namun mengharapkan supaya telus tentang kesihatan anak.
  • Netizen menyarankan pengasuh berterus-terang kepada ibu anak asuhan.

Tambahnya lagi, keluarga mereka amat memahami komitmen serta tugas para guru, namun dalam hal kesihatan anak, tanggungjawab tidak harus diserahkan sepenuhnya kepada pengasuh.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata menyarankan supaya ibu wanita tersebut bertegas dan berterus terang untuk mengelakkan salah faham berpanjangan. 

Dalam pada itu, mereka turut menyarankan agar ibu bapa yang menghantar anak kepada pengasuh agar lebih bertanggungjawab dan peka demi keselamatan semua pihak.

Komen daripada netizen.

"Kena letak amaran besar-besar depan pintu. Anak-anak sakit tak dibenarkan masuk. Kena 'kejam'. Ingat tukang jaga tu kebal agaknya.

"Tapi memang wujud pun parents ignorant macam ni. Mak saya pun ada pengalaman jaga anak cikgu, pun macam ni juga. Geram kadang.

"Bukan masalah cikgu, awak. Masalah mak dia jenis tak bertanggungjawab. Berhentikan sajalah anak dia," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain