suria

Anak balik cuti semester tanggung bala diugut ah long! Bapa 'lari' lepas bagi maklumat ahli keluarga

Gadis bimbang keselamatan keluarga selepas bapa berhutang dengan ah long. -Gambar hiasan AI

SEORANG gadis meluahkan rasa kecewa dan tertekan apabila bapanya tergamak menggunakan maklumat ahli keluarga, termasuk dirinya untuk tujuan membuat pinjaman dengan sindiket ah long.

Menerusi perkongsian di Thread, dia yang baru pulang ke rumah ketika cuti semester terkejut menerima mesej daripada individu tidak dikenali.

Menurut gadis itu, berdasarkan mesej yang diterima, dia percayai bapanya telah memberi segala maklumat keluarga kepada orang luar semata-mata untuk membuat pinjaman.

Ah long akan menggunakan kekerasan ketika menuntut hutang. -Gambar hiasan AIAh long akan menggunakan kekerasan ketika menuntut hutang. -Gambar hiasan AI

"Kami adik-beradik dan ibu jadi mangsa. Saya anak sulung, sumpah sakit, buntu gila. Bapanya entah ke mana, macam mana lagi aku nak hadap.

"Aku tak boleh pergi jauh-jauh, kalau tak ibu dan adik-adik dalam bahaya. Hati aku betul-betul sakit," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki musibat! Nak tunjuk kaya dekat bini baharu, pinjam ah long RM1,400 guna nama bekas isteri jadi penjamin

ARTIKEL BERKAITAN: Ah Long salah serang rumah, silap simbah cat! Enggan bayar apa-apa... Suruh mangsa cari sendiri penghutang minta ganti rugi

Dia turut berkongsi tangkap layar mesej ah long yang memaparkan gambar ahli keluarganya, MyKad dan bil utiliti.

"Hutang RM1,400. Company saya akan suruh India pergi cari rumah," tulis ah long terbabit.

Tambah gadis itu lagi, dia hanya memendam masalah itu bersendirian dan enggan berkongsi dengan ibu kerana bimbang wanita itu akan jatuh sakit.

  • Bapa guna maklumat keluarga untuk pinjam ah long.
  • Gadis terima mesej ugutan beserta gambar peribadi.
  • Ibu dan adik jadi mangsa, gadis tertekan.
  • Takut keselamatan keluarga terancam.
  • Bapa lepas tangan, enggan bertanggungjawab

"Kalau ibu tahu nanti dia akan naik darah tinggi. Besar dugaan kalau nak luah kepada ibu.

"Kenapa ayah tak macam ayah orang lain? Kakak nak bahagia macam orang lain, salah ke? Biar kita miskin janji tak pinjam ah long," luahnya.

Dia mengakui tahap kesabaran menjadi semakin menipis kerana ibunya perlu menanggung segala beban keluarga yang sepatutnya dipikul bapanya.

Tanggungjawab menguruskan keluarga bukan terletak pada isteri sahaja. -Gambar hiasan AITanggungjawab menguruskan keluarga bukan terletak pada isteri sahaja. -Gambar hiasan AI

Menurutnya, dia turut menghubungi bapanya bagi mendapatkan penjelasan kerana risau keselamatan ibu dan adik-adik yang masih kecil.

"Tak payah campur urusan ayah. Lepas ni kau tak payah nak sibuk lagi, tak payah fikir ayah.

"Hal kau, hal kau. Hal ayah, hal ayah," kata bapanya.

Jelas gadis itu, dia menegur bapanya kerana sayang dan mahu bapanya berubah kerana keluarga.

Artikel Lain