SETIAP pasangan yang berkahwin pasti mempunyai impian memiliki kediaman sendiri sebagai tanda permulaan kehidupan berdikari.
Sama ada rumah tersebut kecil atau besar, moden atau sederhana, yang penting ia menjadi tempat untuk mereka memulakan serta bersama-sama membina kehidupan berkeluarga.
Namun tidak dinafikan, ada segelintir individu yang gemar menilai atau memandang rendah terhadap kediaman tertentu lebih-lebih lagi jenis kos rendah kerana menganggap ia tempat berteduh bagi golongan bawahan.
Rumah flat sering dikatikan dengan golongan B40. -Gambar hiasan
Menerusi satu hantaran di laman Threads, seorang pelayar berkongsi kisah rakan perempuannya yang dihina mentua serta adik-beradik ipar gara-gara membeli rumah jenis flat.
"Kesian member aku. Dia dengan laki dia beli rumah flat, adik-beradik laki dia semua macam tak setuju diaorang beli rumah flat sebab nanti susah parking dan lain-lain.
"Lepas tu, kakak ipar dia cakap macam ni, ahli keluarga kita tak ada yang duduk flat, semua rumah landed.
ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua, kakak ipar sakan sindir menantu perempuan... Dituduh malas masuk dapur, asyik nak ‘berkepit’ dengan anak
ARTIKEL BERKAITAN: Mentua kaki pusing, guna suami ambil ‘personal loan’ buat rumah... Lepas siap ipar-duai ‘rasmi’ dulu, pemilik disuruh pindah!
"Kemudian bila dah dapat kunci, laki dia bawalah mak dia pergi rumah tu. Lepas tu mak mentua dia cakap, macam rumah hantu.
"Member aku balas, habis nak buat macam mana mak, ini je anak mak mampu. Terdiam mak mentua dia," tulisnya dalam hantaran tersebut.
Mungkin kata-kata tersebut dilihat agak lantang atau kurang adab bagi sesetengah orang, namun menurut individu berkenaan, rakannya berbuat demikian kerana tahap kesabarannya sudah menipis lantaran kerap disindir.
Seorang individu kongsi kisah rakan perempuan yang dihina keluarga mentua kerana membeli rumah flat.
Keluarga mentua anggap rumah flat kurang sesuai, susah parking dan seakan rumah hantu.
Rakannya membalas sinis sindiran berkenaan hingga membuatkan mentua terdiam.
Adik-beradik suami yang kerja di sektor kerajaan pandang rendah pada rakannya kerana bekerja sektor swasta.
Warga maya sokong tindakan lantang rakannya itu dan ingatkan hidup bukan untuk memuaskan hati orang lain.
"Adik-beradik laki (suami) dia semua kerja 'gomen' (kerajaan). Memang pandang slack sikitlah dekat member aku ni kerja swasta.
"Member aku biasanya akan senyap je. Bila dah banyak kali cakap benda yang sama, 'ditempekkan' sekali mak mentua dia. Sabar orang pun ada batas," tulisnya lagi di ruangan komen.
Perkongsian tersebut mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya turut meluahkan rasa geram dengan sikap keluarga mentua rakannya itu yang disifatkan sebagai tiada 'common sense' serta menjengkelkan.
Sebahagian daripada komen netizen.
Dalam pada itu, tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman peribadi berdepan situasi sama, hanya kerana mendiami rumah yang tidak menepati 'standard' orang lain.
"Bagus kawan awak. Hidup bukan untuk memuaskan hati orang lain.
"Sekurang-kurangnya anak tu ada rumah, tak merempat sana sini. Jadi mak pun tak pandai bersyukur untuk anak.
"Kadang-kadang tak paham pemikiran sejenis macam ni. Kau nak adik kau hidup mewah, kau sponsor la," demikian antara komen netizen.