MEREKA yang lahir dan dibesarkan di kampung lazimnya dididik dengan cara serta suasana berbeza berbanding mereka yang dilahirkan di bandar.
Di aplikasi Threads, seorang wanita meraih perhatian ramai selepas dia mengutarakan persoalan tentang perkara ini.
Dalam hantaran itu, dia turut memberi pandangan tentang kebanyakan orang kampung yang didakwa agak kolot dari segi pemikiran.
Kanak-kanak yang berasal dari kampung menjalani kehidupan yang sedikit berbeza dengan orang bandar. -Gambar hiasan
"Maaf jika topik ini sensitif. Saya cuma nak tahu, orang yang berasal dari kampung memang ada mindset dia yang tersendiri eh?
"Saya perasan kawan-kawan saya yang orang kampung ni kurang open minded berbanding kawan yang berasal dari bandar.
"Entahlah. Cara mereka bercakap dan bawa diri tu kadang kala pelik dan menjengkelkan. Mereka suka ikut pe'el sendiri," tulisnya.
- Wanita di Thread timbulkan persoalan tentang perbezaan pemikiran orang kampung dan bandar.
- Dia mendakwa ramai orang kampung tak berfikiran terbuka.
- Wanita itu juga kata orang kampung cenderung menghakimi orang lain berdasarkan penampilan.
- Netizen balas bahawa sifat itu bukan disebabkan asal usul kampung, sebaliknya bergantung kepada individu.
- Ada yang berpendapat tahap pergaulan, pendedahan budaya dan pengalaman hidup lebih mempengaruhi cara fikir seseorang.
Tambah wanita itu, rakan-rakannya yang berasal dari kampung juga mempunyai kecenderungan untuk menghakimi orang berdasarkan penampilan.
"Kadang mereka suka judge orang. Contohnya mereka kata, dia ingat lawa ke free hair?
"Mereka ni jenis bertutup litup yang mana ia perbuatan yang bagus, tapi mereka suka judge orang," tulisnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa senyap-senyap ke kampung bakal menantu, siasat latar belakang... Lepas dapat jawapan terus batal majlis nikah anak gadis
ARTIKEL BERKAITAN: Di bandar 'free hair', gaya hidup 'liar'... Balik kampung bertudung! Lelaki anggap kekasih tak sedar diri letak hantaran 19K
Menurut netizen di ruangan komen, sifat-sifat yang dinyatakan wanita itu tidak berkait dengan asal usul, sebaliknya bergantung kepada individu itu sendiri.
"Bukan punca kampung ke tak, punca dia tahap pergaulan, budaya keluarga, sejauh mana dia dah jelajah dunia... itu akan bantu buka minda dan pemikiran kita.
Penduduk kota raya mempunyai banyak akses kepada teknologi berbanding orang kampung. -Gambar hiasan
"Kebanyakan orang bandar cakap mereka open minded, tapi hanya open kepada benda yang bertentangan dengan agama seperti pemakaian, kehidupan sosial dan hiburan bebas.
"Sebenarnya ia bukan sebab asal kampung tapi mindset mereka yang tak bergaul antara punca jadi toksik," tulis beberapa netizen.