suria

Pemuda 'disekolahkan' sebab kritik lepasan SPM gatal tangan conteng baju, anggap lebih baik sedekah

Zaman persekolah meninggalkan pelbagai kenangan dalam diri setiap individu. -Gambar hiasan AI

ZAMAN persekolahan memberikan pengalaman berharga untuk pelajar terutama sekali selepas berjaya menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bagi segelintir pelajar tingkatan 5, mereka mengabadikan kenangan persekolahan dengan menconteng baju sekolah masing-masing, seperti mana dikongsikan pelayar Thread ini.

Berdasarkan beberapa gambar yang dikongsikan seorang pengguna media sosial, sekumpulan remaja berusia 17 tahun dilihat melukis pelbagai imej di bahagian belakang baju sekolah mereka.

Remaja gemar mengekspresikan kenangan dengan cara tersendiri.

Remaja gemar mengekspresikan kenangan dengan cara tersendiri.

Pelajar perempuan juga dilihat tidak terkecuali menghasilkan 'seni' pada tudung.

Namun bagi pengguna media sosial tersebut, tindakan tersebut adalah tidak wajar dan mencerminkan pandangan jelik.

ARTIKEL BERKAITAN: Gangster sekolah kini hidup susah diserang strok, ramai doakan ditimpa balasan buruk - “Member tak maafkan sampai mati!”

ARTIKEL BERKAITAN: Gangster sekolah kini hidup susah diserang strok, ramai doakan ditimpa balasan buruk - “Member tak maafkan sampai mati!”

"Adik-adik yang baru habis SPM, sebelum tangan gatal nak menconteng baju... fikir sekejap.

"Baju sekolah yang masih elok itu, mungkin lebih baik disedekahkan kepada adik-adik junior yang datang dari keluarga susah.

  • Pelajar tingkatan 5 conteng baju dan tudung sebagai kenangan selepas SPM.
  • Seorang pengguna media sosial anggap perbuatan itu tidak wajar dan ‘jelik’.
  • Dia cadang baju sekolah elok disedekahkan kepada 'junior' yang susah.
  • Netizen tak setuju, kata baju sekolah yang dipakai setahun memang lusuh.
  • Ramai anggap conteng baju hanyalah tradisi dan memori indah zaman sekolah.

"Sedekah itu budaya kita, conteng baju bukan tanda kenangan tapi jijik dipandang," ujar pemuda itu.

Pandangannya itu bagaimanapun mendapat reaksi kurang senang daripada warga maya.

Warga maya tidak bersetuju dengan pandangannya.

Warga maya tidak bersetuju dengan pandangannya.

Ramai yang menyatakan pakaian sekolah dipakai setiap hari dalam tempoh setahun dan semestinya telah lusuh.

"Nak sedekah tu bagi baju baru bang, takkanlah nak bagi baju yang dah setahun kita pakai.

"Aku dulu 2005 pun buat macam ni, hari akhir SPM akan pusing satu sekolah untuk tandatangan baju kawan-kawan.

"Saya akur dengan kesalahan tak bersedekah masa ni tapi saya tak menyesal pun dengan memori yang kami cipta lapan tahun lepas," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain