SEORANG lelaki membuat pendedahan dengan mendakwa bakal isterinya meletakkan syarat untuk tidak melakukan hubungan kelamin selepas berkahwin kelak.Menurut lelaki itu, bakal isterinya enggan mengambil risiko hamil dan mempunyai cahaya mata kerana bimbang akan menjejaskan pengajiannya. "Bakal isteri sedang sambung belajar. Jadi dia nak tangguhkan untuk dapat zuriat sehingga selesai belajar dua tahun lagi.Suami isteri perlu saling toleransi dalam membina hubungan yang bahagia. -Gambar hiasan AI"Bakal isteri letak syarat tak boleh mengadakan hubungan kelamin suami isteri sehingga tamat belajar dengan alasan untuk elakkan mengandung."Dia tak nak menggunakan ikhtiar seperti pil perancang, implan dan lain-lain dengan alasan takut tak efektif," kongsi lelaki itu.Luahan lelaki berkenaan meraih perhatian ramai selepas ia dimuat naik ke laman Thread oleh seorang kaunselor perkahwinan, Sarah Zainal.Kaunselor perkahwinan dedah kisah seorang lelaki yang bakal berkahwin.Bakal isterinya letak syarat untuk tidak mengadakan hubungan kelamin.Wanita itu bimbang hamil kerana dia masih belajar lagi.Kaunselor menegur wanita itu kerana mahu menafikan hak seorang suami.Ringkasan ini dijana oleh AIMengulas lanjut perkara ini, Sarah berkata tindakan wanita berkenaan adalah tidak wajar kerana dia menafikan hak seorang suami."Boleh ke tak boleh ke buat syarat begini? Jawapannya, tak boleh. Ia menafikan tuntutan utama dalam perkahwinan dan sebab utama perkahwinan dilaksanakan."Isteri nak tuntut hak dinafkahi secara kewangan tetapi tidak mahu menunaikan hak utama dalam perkahwinan iaitu hubungan seksual kepada suami. "Amboi mana boleh dik. Islam sangat adil dalam perkahwinan. Syarat begini sangat berat sebelah dan tidak adil kepada suami," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: "Tak ada istilah bilik kelamin" - Isteri sedih suami pilih tidur asing, suka bersendirian di 'sarang tikus' ikut perangai mentuaARTIKEL BERKAITAN: Lelaki bengang doktor sinis periksa isteri bunting pelamin, otak cuma fikir zina - "Tanya tak salah, jangan menekan"Rata-rata pelayar Thread turut meluahkan rasa geram membaca perkongsian kisah itu yang dianggap sangat tidak masuk akal."Maksudnya dia tak bersedia. Jadi tak payahlah kahwin. Nak menghalalkan dah jadi macam haram serba serbi."Pelik. Yang kahwin tak nak bersama, takut mengandung. Yang belum kahwin, berzina pula."Sebab tu jangan kahwin dengan perempuan buat banyak syarat ni. Benak ubi kayu," antara komen netizen.