suria

Pantang 100 hari lepas bersalin belum habis, isteri sedih suami dah ‘cuit’ minta dibelai - “Saya ingat badan ketar-ketar masa beranak”

Suami tidak sepatutnya membiarkan isteri menguruskan anak sendirian. -Gambar hiasan AI

WANITA yang baru bersalin perlu mendapatkan rehat dan menjalani tempoh berpantang demi memastikan tubuh kembali pulih sepenuhnya.

Di Thread, seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati selepas diajak oleh suaminya untuk melakukan hubungan intim ketika masih dalam tempoh berpantang.

"Saya tak habis lagi berpantang 100 hari, tapi suami dah minta. Kemudian saya terus marah. Saya ni masih trauma lahirkan anak. 

Isteri memerlukan rehat yang panjang untuk memulihkan badan selepas melahirkan anak. -Gambar hiasan AI

"Saya masih penat jaga anak, ini anak sulung. Saya masih teringat badan ketar-ketar lepas bersalin. Dia kerja, bukan 24 jam ada dengan saya.

"Saya ni tidur tak cukup. Terus suami minta maaf. Dosa ke kalau saya cakap macam ni dengan suami? Saya cuma nak beritahu yang tak mudah jadi ibu muda," tulisnya.

Dalam satu lagi hantaran berasingan, wanita itu berkata dia dihujani pelbagai komen termasuklah yang mengecamnya gara-gara menolak permintaan suaminya.

  • Wanita dakwa suaminya ajak bersama walaupun masih dalam pantang.
  • Wanita itu tegur suaminya memandangkan dia belum pulih sepenuhnya lagi.
  • Hantaran berkenaan tular sehingga wanita itu menerima pelbagai komen.
  • Ada netizen yang menggelarkan wanita itu sebagai isteri derhaka.

"Untuk semua yang marah, cakap saya isteri derhaka yang tempah tiket ke neraka, saya tak maafkan ya. Saya cuma nak minta pendapat je.

"Maaf kalau rasa perkataan saya kurang ajar. Kami dah berbaik dan jumpa jalan penyelesaian. Saya cuma nak cakap, jangan paksa isteri berhubungan kalau dia belum bersedia," tulisnya lagi.

Dalam pada itu, beberapa wanita turut berkongsi pengalaman sama yang dilalui mereka selepas melahirkan anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Sentuh sikit terus kena tepis! Isteri terdetik ikat suami atas katil, geram asyik tolak ajakan ‘buat’ anak

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tolak ajakan bersama sebab malas mandi wajib, rupanya kenyang ‘berbuka’ dengan skandal di hotel

"Saya bersalin secara pembedahan, tempoh pantang tak sampai 20 hari dah kena paksa bersama. Sekarang dah 40 hari, saya dah sakit balik dekat tempat bedah tu.

"Saya baru berpantang 78 hari, suami dah minta. Saya bagi je, kesian kalau tolak.

"Ada cara lain untuk puaskan suami. Bincang baik-baik," tulis netizen.

Artikel Lain