SEORANG wanita tular di aplikasi Thread selepas berkongsi cerita mengenai sekumpulan kanak-kanak Rohingya yang beraya di kediaman mentuanya.Dalam hantaran di Thread, wanita itu mendakwa berdepan pengalaman kurang menyenangkan, malah serik untuk menerima kehadiran mereka lagi pada masa akan datang. "Budak Rohingya datang beraya rumah mentua aku. Mereka tak dijemput pun. Mereka 'tibai' nasi minyak dan ayam masak merah macam tak makan seminggu.Sambutan Aidilfitri bagaikan tak lengkap tanpa aktiviti ziarah. -Gambar hiasan AI"Lepas tu mak mentua bagi duit raya RM2 setiap seorang. Mereka buang sampul depan pintu. Mereka persoal nilai RM2 tu. Aku terus sound suruh mereka bersyukur."Aku kata nasi minyak sepinggan RM7, tambah air lagi dah RM10. Aku suruh dia bayar balik termasuklah duit raya RM2 tu," imbasnya tentang kejadian pada Aidilfitri tahun lalu itu.Menurut wanita tersebut lagi, kanak-kanak berkenaan 'terselamat' memandangkan ibu mentuanya seorang individu yang sangat baik hati dan tidak berkira.Seorang wanita cerita tentang rumah ibu mentuanya 'diserbu' budak-budak Rohingya.Mereka datang untuk beraya dan dijamu dengan nasi minyak serta lauk ayam masak merah.Kumpulan kanak-kanak itu tidak berpuas hati selepas diberi duit raya RM2 setiap seorang.Wanita itu terus memarahi kanak-kanak berkenaan sebelum dihalang oleh ibu mentuanya.Ringkasan ini dijana oleh AI"Mereka tak beradab, main masuk je dalam rumah sebab pintu terbuka sebab ada tetamu lain datang beraya. Mak mentua kita pula jenis lembut hati dengan budak-budak."Mak mentua cakap tak baik kita ungkit-ungkit. Yang tambah marah, adik tu cakap nasi tak sedap. Padahal kau makan bertambah."Lepas tu mereka jalan jauh sikit, mereka ludah ya. Ikutkan nak pergi rembat budak tu, tapi mak mentua suruh saya bersabar," ceritanya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: “Dah la busuk, tak solat tarawih” - Jemaah masjid tak setuju geng Rohingya monopoli slot berbuka, datang hanya nak makanARTIKEL BERKAITAN: “Lepas hulur, hati aku rasa rugi” - Kisah penghantar makanan beri RM10 pada budak Rohingya jentik hati ramaiHantaran berkenaan turut menerima pelbagai komen daripada netizen."Anak Rohingya memang kurang ajar dan biadab. Kalau tak dapat apa yang dia nak, dia ludah orang tu."Cakap kat mak mentua jangan lembut hati sangat. Nanti mereka pijak kita," tulis netizen.