suria

“Apa hukum ayah tak bantu walau mampu?” - Gadis sedih bapa berkira soal duit, lepas tangan urusan kahwin

Perbelanjaan dan kos perkahwinan perlu dirancang lebih awal. -Gambar hiasan AI

SETIAP gadis pasti mengimpikan majlis perkahwinan yang indah dan menggembirakan.

Namun perjalanan menuju ke gerbang pelamin tidak selalunya mudah, terutama apabila melibatkan soal kewangan dan tuntutan keluarga.

Berkongsi situasi yang dialami, seorang gadis meluahkan rasa kecewa apabila bapanya dikatakan enggan membantu daripada segi kewangan sempena hari bahagia tersebut.

Situasi itu membuatkan dia tertanya-tanya hukum seorang ayah yang enggan mengeluarkan duit bagi menjayakan majlis perkahwinannya.

Pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga perlu merancang setiap perbelanjaan yang diperlukan semasa majlis perkahwinan. -Gambar hiasan AI

Pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga perlu merancang setiap perbelanjaan yang diperlukan semasa majlis perkahwinan. -Gambar hiasan AI

"Apa hukum seorang ayah yang tak keluarkan duit untuk majlis sebelah perempuan walaupun mampu?

"Saya nak berkahwin sebab dah bercinta lama dengan teman lelaki sekitar tiga tahun, tapi saya baru kerja selama setahun lebih.

"Bakal suami kena kumpul hantaran RM15,000 yang keluarga saya tetapkan," luahnnya di Thread.

Menurut pengadu, dia merupakan kakitangan kerajaan manakala suaminya hanya bekerja biasa.

Namun lelaki tersebut seorang yang rajin dan berusaha untuk mencukupkan jumlah wang hantaran yang diminta.

  • Gadis kecewa ayah enggan sumbang majlis walau mampu.
  • Suami dah cukupkan hantaran RM15,000, tapi fokus urus kenduri dan rumah.
  • Majlis sebelah perempuan 100% ditanggung pengadu, keluarga berkira.
  • RM5,000 ditetapkan untuk mas kahwin, RM10,000 untuk kecemasan.
  • Netizen nasihat buat majlis ikut kemampuan sendiri, bincang semula keluarga.

"Bakal suami dah cukupkan wang hantaran dan sekarang dia nak fokus pada duit kenduri sebelah lelaki, rumah dan kereta. Hujung tahun ni nak bertunang dan kahwin tahun hadapan.

"Majlis sebelah perempuan memang 100 peratus saya kena tanggung sendiri sebab keluarga berkira," ujarnya yang sayu.

Seolah-olah menyedari akan berlaku konflik dalam urusan wang hantaran, dia menyatakan sejumlah RM5,000 adalah untuk mas kahwin.

"RM10,000 daripada duit hantaran nak buat kenduri, baki lagi RM5,000 untuk beli gelang mas kahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sedih ASB RM30k habis buat kenduri kahwin, kaum lelaki rasa satu kemenangan - “Baru tahu penat lelah nak halalkan kau”

ARTIKEL BERKAITAN: Wang hantaran RM15,000 dah ‘cekau’, tiba-tiba pihak perempuan minta tambahan lagi RM8,000! Tak cukup duit buat kenduri

"Saya tetapkan RM5,000 tu sebab tak mahu berebut hantaran dengan famili," tambahnya yang berharap mempunyai sejumlah RM10,000 untuk dijadikan wang kecemasan dan kegunaan selepas berkahwin.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dengan kebanyakannya menasihati pengadu supaya berbincang semula dengan keluarga tentang jumlah hantaran.

Tidak kurang juga yang mencadangkan agar majlis dibuat secara ringkas mengikut kemampuan diri sendiri tanpa membebankan mana-mana pihak.

"Buat majlis ikut kemampuan awak, buat apa adanya saja sebab awak yang keluarkan 100 peratus kewangan.

"Saya pernah alami apa awak alami. Saya tegas suruh pihak lelaki bagi ke saya bukan keluarga sebab mereka pernah buat pada kakak saya," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain