suria

Wanita jaga ‘ikhtilat’ dikutuk enggan keluar makan dengan lelaki ‘ajnabi’ - “Tak rilaks, bukan kita menggatal pun!”

Seorang isteri perlu menjaga maruah diri dan nama suami apabila berada di luar rumah. -Gambar hiasan AI

SETIAP individu mempunyai cara tersendiri dalam menetapkan batas pergaulan dengan lelaki atau perempuan bukan mahram terutama apabila sudah bergelar suami dan isteri.

Namun malangnya, perkara tersebut sering menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi dalam kalangan mereka yang agak terbuka dalam soal pergaulan.

Di media sosial seorang wanita berkongsi kisah mengenai rakannya yang mula menjarakkan diri dengan rakan sekerja selepas mendirikan rumah tangga.

"Saya ada seorang rakan pejabat yang baru berkahwin Februari lalu, selepas mendirikan rumah tangga, dia dah tak join lunch kalau ada lelaki.

Budaya bergosip dan mengutuk rakan pejabat adalah tidak wajar. -Gambar hiasan AI

Budaya bergosip dan mengutuk rakan pejabat adalah tidak wajar. -Gambar hiasan AI

"Tapi apabila tak ada lelaki, dia okay je makan sekali dengan yang lain," ujarnya di Thread.

Situasi yang dianggapnya sebagai perkara biasa, bagaimanapun menjadi 'modal' perbualan beberapa rakan sekerja.

Malah katanya, individu tersebut turut mempertikaikan tindakan rakannya yang enggan menyertai slot makan tengah hari apabila terdapat lelaki.

"Ada seorang hamba Allah ni bertanya... laki kau tak bagi lunch sekali ke kalau ada lelaki? Tak rilaks betul, bukan kita menggatal pun, lunch ramai-ramai kan.

  • Wanita kongsi rakan pejabat mula jaga batas pergaulan selepas berkahwin.
  • Enggan sertai lunch jika ada rakan lelaki, hanya makan bersama wanita.
  • Sikapnya jadi bahan gosip rakan sekerja di pejabat.
  • Pengadu pertahan tindakan sebagai usaha jaga maruah rumah tangga.
  • Netizen setuju, hormati pilihan individu dan elak fitnah.

"Air muka dia terus berubah masa tu, tapi dia senyum je dan lepas balik pejabat, hamba Allah tadi bergosip pula dengan yang lain pasal perkara tu," luahnya yang terkilan apabila mengetahui rakannya menjadi bahan bualan di pejabat.

Mengakui tidak selesa dengan sikap individu terbabit, dia kemudiannya tampil mempertahankan tindakan rakannya yang dianggap sebagai satu usaha murni untuk menjaga kehormatan rumah tangga.

Baginya, masyarakat tidak seharusnya memandang rendah terhadap prinsip seseorang yang mahu menjaga pergaulan antara jantina berlainan.

"Berapa ramai yang bermula dengan just colleagues kemudian melampaui batas? Kalau suami dia tak suruh pun, mungkin dia memilih untuk menjadi isteri yang menjaga kehormatan suami," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri solehah, imej ala ustazah pun boleh berubah! Dah malas solat berjemaah, rupanya tengah angau dengan laki lain

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dipandang serong sebab kerap tak ‘join’ aktiviti syarikat! Ramai tak boleh terima alasan jaga aurat, batas pergaulan

Tambah pengadu, dia berpendapat sempadan ketika makan bersama rakan sekerja kadangkala agak longgar sehingga menyebabkan rasa kurang selesa bagi sesetengah pihak.

"Semasa lunch, cara duduk kadang-kala dah merata-rata. Duduk rapat lelaki perempuan, boundaries pun macam tak ada.

"Kalau ada kawan yang dah kahwin dan tiba-tiba dia berubah, tak macam dulu... kita patut faham. 

"Jangan harapkan orang lain hidup macam cara kita hanya sebab kita rasa okey dengan benda tu, hormati pilihan orang lain. 

Reaksi warga maya.

Reaksi warga maya.

"Dalam agama pun memang melarang pergaulan antara lelaki dan perempuan kalau tak ada keperluan," tegasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan tersebut dan menyifatkan tindakan menjaga pergaulan selepas berkahwin adalah satu langkah bijak bagi mengelakkan timbulnya fitnah di kemudian hari.

"Itulah tanda isteri yang menjaga maruah diri apabila berada di luar rumah, dalam masa sama menjaga nama suami juga.

"Orang sekarang memang banyak fikir yang hal macam tu adalah kuno," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain