suria

“Menyemak, parkir sesak!” - Penghuni flat berang jiran buat rumah terbuka, hina miskin tak mampu sewa dewan

Penganjuran rumah terbuka di kawasan PPR atau flat akan menyebabkan kesesakan di ruang parkir. -Gambar hiasan AI

BULAN Syawal sememangnya sinonim dengan tradisi rumah terbuka bagi mengeratkan silaturahim tanpa mengira latar belakang.

Namun, satu hantaran di media sosial baru-baru ini mencetuskan perdebatan ramai apabila seorang individu mempersoalkan kewajaran penghuni flat atau pangsapuri menganjurkan majlis seumpama itu.

Baginya, mereka yang tinggal di rumah strata seperti flat dan pangsapuri projek perumahan rakyat (PPR) tidak sewajarnya menganjurkan majlis makan-makan berskala besar.

Penduduk PPR sering dikaitkan dengan golongan B40. -Gambar hiasan

Penduduk PPR sering dikaitkan dengan golongan B40. -Gambar hiasan

"Mereka yang duduk rumah flat, pangsapuri, PPR ni tak payahlah buat open house," luahnya di Thread.

Menurut pengadu, penganjuran tersebut bukan sahaja tidak sesuai malah dilihat akan membebankan penduduk sekitar terutamanya melibatkan ruang parkir.

Malah katanya, penghuni yang ingin mengadakan rumah terbuka perlu memilih dewan atau hotel sebagai lokasi utama.

  • Hantaran persoal penghuni flat/PPR buat open house.
  • Dakwa parkir sempit, menyusahkan penduduk sekitar.
  • Cadang sewa dewan atau hotel untuk majlis.
  • Kenyataan sentuh isu “miskin” cetus kontroversi.
  • Netizen kecam, anggap hina dan melampau.

"Menyemak parkir sesak, sana sini penuh... kalau miskin, buat cara miskin.

"Nak buat open house, pergilah sewa dewan atau hotel," tambahnya yang seolah-olah terkesan dengan penganjuran rumah terbuka di kawasan sekitar penempatannya.

Hantaran tersebut pantas mendapat perhatian warga maya yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan kenyataannya itu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu kusam, kotor... Penduduk aras 6 flat PPR bangga ada lobi macam hotel! Mak-mak kreatif beri idea, geng lelaki realisasi impian

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat penghuni PPR sengkek ke?” - Wanita tempelak persepsi negatif orang luar, dedah ramai mampu pandu Mercedes

Meskipun isu parkir di flat merupakan masalah biasa, namun tindakan menghina status kewangan seseorang dianggap melampaui batas.

"Ingat orang yang duduk PPR tu tak ada keluarga ke? Eloklah lempar kau ni dalam hutan, tak boleh campur masyarakat.

"Tak baik cakap orang miskin, silap-silap mereka ni yang support bisnes," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain