suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita kongsi realiti titik paling rendah dalam hidup... Makan gaji RM2,100 tak cukup, hutang melebihi pendapatan

Masalah kewangan boleh berpunca daripada kehilangan pekerjaan secara tiba-tiba. -Gambar hiasan AI

TIDAK semua individu sanggup berhutang kerana mahu hidup mewah atau berbelanja di luar kemampuan.

Sebaliknya, ada yang terpaksa membuat pinjaman demi meneruskan kelangsungan hidup selepas kehilangan pekerjaan atau berdepan kesempitan kewangan sehingga pendapatan yang diterima tidak lagi mampu menampung keperluan harian.

Begitulah situasi yang dikongsikan seorang wanita apabila dia mengaku tidak lagi mampu meneruskan kehidupan dengan beban hutang yang semakin menghimpit.

Meluahkan tekanan yang dialami, dia menjelaskan jumlah komitmen bulanan yang perlu dibayar kini melebihi pendapatannya.

Bebanan kewangan boleh mengakibatkan seseorang sukar menguruskan perbelanjaan bulanannya. -Gambar hiasan AI

Bebanan kewangan boleh mengakibatkan seseorang sukar menguruskan perbelanjaan bulanannya. -Gambar hiasan AI

"Macam manalah nak langsaikan hutang-hutang ni, dah tak boleh survive dengan hutang melebihi gaji bulanan. Dah cuba debt consolidation (penyatuan hutang) tapi semuanya nak gaji RM2,500 ke atas.

"Gaji saya baru RM2,100 dan lepas potong-potong semua, dapatlah dalam RM1,900 setiap bulan," luahnya di Thread.

Pada masa yang sama, wanita ini mengakui dia kini menanggung beberapa komitmen kewangan termasuk tunggakan skim beli sekarang bayar kemudian (BNPL) di pelbagai platform selain pinjaman Tambadana yang keseluruhannya mencecah ribuan ringgit.

Menjelaskan tujuan setiap pinjaman tersebut, dia mengadu segala-galanya bermula disebabkan kekangan wang untuk meneruskan kehidupan dari bulan ke bulan.

  • Wanita tertekan kerana hutang bulanan melebihi pendapatan.
  • Gaji RM2,100, hanya sekitar RM1,900 selepas potongan.
  • Menanggung beberapa pinjaman termasuk skim beli sekarang bayar kemudian.
  • Berhutang selepas bertukar kerja dan berdepan masalah kewangan.
  • Netizen simpati, cadang kerja sambilan dan urus hutang dengan lebih teratur.

Tambahan pula, situasi menjadi lebih parah apabila dia baru sahaja bertukar tempat kerja dan dalam masa yang sama mempunyai pelbagai komitmen tetap lain.

"Saya baru tukar kerja, kemudian ada kereta yang perlu dibayar dan sebagainya.Ketika itu duit bulanan memang tak cukup untuk hidup. 

"Gaji untuk kerja ni memang tak cukup tapi saya bersyukur sekurang-kurangnya tengah usahakan untuk selesaikannya.

"Paling saya kesal adalah saya pinjam RM2,500 tetapi hanya menerima sekitar RM1,800 sahaja," luahnya lagi yang kini berada dalam dilema besar dengan masalah jerat hutang tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda berkurung dalam bilik di hari raya, takut dikejar ‘debt collector’... Hutang keliling pinggang angkara mak ayah sendiri!

ARTIKEL BERKAITAN: Demi segulung ijazah di Australia, bapa nekad buat pinjaman RM100,000... Anak pula serba salah, tak mahu jadi ‘hamba’ hutang

Tambahnya, dia kini sedang buntu dan bermatian-matian mencari jalan keluar untuk menyelesaikan masalah kewangan tersebut, selain berharap ada pihak yang sudi berkongsi pandangan membina tanpa menghakimi situasi gelap yang sedang dilaluinya.

Perkongsian yang dekat dengan realiti masyarakat hari ini mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rata-ratanya menzahirkan rasa simpati yang mendalam selain memberikan pelbagai cadangan berkaitan pengurusan hutang serta langkah mendapatkan bantuan kewangan yang bersesuaian.

"Tak ada cara lain, kena buat kerja sambilan juga, nak cadangkan AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) pun, semuanya dari PWB (pinjaman wang berlesen).

"Semoga Allah permudahkan segala urusan awak, peringatan untuk saya juga," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain